Nampaknya BN kali ini kononnya cuba mengambil langkah berani dengan menggugurkan nama-nama besar dalam PRU kali ini. Malah ada yang digugurkan telah bertindak bertanding atas tiket pembangkang. Seperti yang berlaku pada PRU yang lepas tindakan menggugurkan calon pilihan akan memakan diri parti yang bertanding khasnya BN. Apakah ini petanda BN akan lingkup ???
Untuk melepaskan apa yang terbuku di hati.
Khamis, 3 November 2022
Selasa, 1 November 2022
Saingan Sengit PRU 15
Nampaknya bahang penamaan calon kian terasa. Ada yang dah mula buat pengumuman nama-nama calon. Nampaknya senarai calon BN paling mengejutkan adakah ini petanda BN semakin bertenaga atau letak tali di leher untuk jerut diri sendiri. Sama-sama kita tunggu.
Rabu, 26 Oktober 2022
Balik Ke Rumah
Setelah lama bercuti di Sepang dan Melaka hari ini balik ke Hulu Bernam sebab esok nak kerja. Budak-budak pun nak sekolah.
Ahad, 23 Oktober 2022
Pilihanraya Kembali Lagi
Diam-diam parlimen dibubarkan. Maka rakyat kembali memilih. Tapi kali ini rakyat lebih pening sebab banyak parti dan gabungan. Tu pun belum masuk calon bebas lagi.
Selasa, 5 April 2022
Blog Hilang Tiba - Tiba
Entah apa silapnya blog aku yang satu lagi iaitu Zali@Ja Kampung Seri Keledang hilang tiba - tiba. Habis semua gambar nostalgia dalam blog tu. Kini tinggal satu blog je yang masih aktif.
Sabtu, 25 April 2020
Cubaan 1 2 3
Ini cubaan aku pos tulisan dengan handphone daripada rumah. Sekarang PKP takboleh keluar rumah.
Sabtu, 4 April 2020
Bilakah Covid 19 Akan Reda ???
Dah lama orang Malaysia dalam tempoh PKP. Semuanya duduk rumah kecuali ada hal tertentu sahaja. Tak tau berapa lama lagi. Kalau melarat sampai hari raya alamat beraya dalam rumah je lah. Aku pun dah lama tak balik rumah mak. Mak sihat rasanya sebab dia baru telefon aku lagipun Ijai dan Wan Cu Ro ada kawan dia. Apa2 hal mesti diorang call aku.
Langgan:
Catatan (Atom)