Rabu, 26 September 2012
Kursus lagi.....
Hari ini aku kursus di KSAS untuk hari ke 2 dalam opis tinggal 3 orang je Hanipah, Jamsari dan Mahathir. Aku, Wan, Mi Ganu kursus. Mi Trolak, Akmar, Epoi gi berbaris ari Patriotik di Padang UPSI.
Selasa, 25 September 2012
Kursus Microsoft Power Point 2007
Hari ini aku berkursus di Pusat ICT KSAS. Kali ini kursus Microsoft Powerpointlah pulak.
Jumaat, 21 September 2012
Kelakuan pelik Firas
Kisah ini terjadi pada hari Selasa malam selepas saya balik kerja jam 12 malam. Pada mulanya Firas terjaga dari tidur dan menangis. Isteri saya tukarkan pampersnya dia menangis. Kemudian buatkan susunya dia tak mau susu dan terus menangis. Namun tak semena2 dia ketawa dan matanya merenung ke atas. Hah ! sudah mesti ada makhluk ghaib dan kacau dia. Saya pun tepuk kepalanya sambil baca surah Al Ikhlas sebanyak mungkin. Dia pun diam dan tidur lena. Alhamdulillah.......
Rabu, 19 September 2012
Kursus Pembinaan Blog
Hari ini saya pergi ke kursus pembinaan blog. Walaupun aku dah ada blog kursus ini berguna untuk ingat balik dan menambah ilmu baru.
Isnin, 17 September 2012
Raya yang kelam kabut.
Aku rasa raya tahun ni agak kelam kabut. Yalah sampai aku tak sempat nak ambil gambar untuk tahun ni. Tahun ni aku beraya di rumah pak mertua aku. Pagi raya lepas semayang je abang ipar aku terus je ajak beraya ke sana sini. Pastu malamnya beraya juga. Kemudian raya ke 4 balik SKC esoknya beraya di Bidor dan Teluk Intan. Dalam perjalanan terlibat kemalangan bergeser ngan keta orang. Kena bayar 100. Pastu gi Sepang. Raya terakhir di Padang belakang balai polis. Jamuan raya PR pak mertua aku menang cabutan bertuah dapat seterika. Apa pun raya taun ni memang kelam kabut macam kelam kabutnya tulisan aku ni.
Langgan:
Catatan (Atom)