Ahad, 18 Ogos 2013
Kerja balik
Hari ni aku start kerja selepas cuti raya puasa. Sebenarnya minggu lepaspun dah mula kerja tapi 2 ari je pastu cuti balik. Tapi ari ni terus kerja macam biasa. Kira lama jugaklah cuti. Dan ari ni jugak start puasa 6. Kepada sesiapa yang dah abis puasa tahniah diucapkan. Pada yang belum mula lagi tunggu apa ?????? tak puasa rugi wooooooo....
Selasa, 6 Ogos 2013
Esok Hari Raya
Ramadan berada di penghujung hari ini. Esok Syawal mula menjelang. Ampun maaf untuk semua. SELAMAT HARI RAYA. Semoga bertemu lagi dalam bulan Ramadan tahun depan. JANGAN LUPA PUASA ENAM !!!!!!!!!!!
Rabu, 24 Julai 2013
Firas dah 2 tahun
Pada 20 Julai 2013 yang lalu Firas dah berumur genap 2 tahun. Cepatnya masa berlalu. Firas masih belum pandai cakap. Tapi dia boleh sebut ungkapan Allahhuakbar dan Bismillahhirrahmannirrahim. Harap dia menjadi orang yang bertakwa bila besar nanti. Insyaallah..........
Selasa, 23 Julai 2013
Puasa di pertengahan bulan
Bulan Ramadhan dah di pertengahan. Tak lama lagi lailatul qadar akan menjelama. Dapatkah kita menemuinya ????????
Isnin, 8 Julai 2013
Esok puasa
Hari esok umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Pada hari Jumaat lalu aku pergi kursus penulisan kreatif. Bini aku lak kursus ari ni dan semalam. Esok juga Min akan masuk sekolah balik. Firas tak berapa sihat kebelakangan ni.
Isnin, 24 Jun 2013
Selasa, 18 Jun 2013
Burger percuma
Semalam dapat makan burger free di Taman U. Promosi restoren baru Loveats. Burgernya bernama Southern Pionner. Harga pasaran RM 12. Warnanya hitam sampai anak perempuan aku panggil Burger Hitam. Rasanya memanglah sedap sebab menda free. Tapi di restoren ini ada juga burger murah. Paling murah dalam lingkungan RM 5.
Rabu, 5 Jun 2013
Salam israk mikraj.
Kepada semua umat Islam diucapkan Salam Israk Mikraj. Semoga apa yang dibawa Rasulullah SAW pada hari ini dapat kita amalkan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
Rabu, 29 Mei 2013
Bila dah takde ong
Semalam tengok bola semi final piala FA antara terengganu lawan kelantan. Walaupun ganu dah kalah 4 - 1 pada pusingan 1 tapi depan dapat bangkit sampai menang 4 - 0. Tapi last minute kelate dapat score jadi 4 - 1. Masuk masa tambahan dan last minute juga kelate dapat satu lagi gol. Ganu kalah 4 - 2. Gitulah kalau dah takde Ong.
Selasa, 21 Mei 2013
Anak bongsu Sopi meninggal dunia
Pagi tadi bini aku hantar sms bagitau anak bongsu sopi dah meninggal dunia. Takziah untuk sopi dan rubi. Semoga tabah menghadapi ujian Allah SWT.
Isnin, 20 Mei 2013
Min demam Firas kencing dalam seluar
Malam tadi aku tensyen betul. Mana taknya Min asyik menangis sepanjang malam sebab demam. Firas lak kecing dalam seluar 4 kali. Akhirnya aku pakaikan Drypers sebab dah tak lalu asyik basuh kencing dia je. Tensyen betul...................................
Ahad, 5 Mei 2013
pilihanraya dah berlalu
Pilihanraya dah berlalu. Siapa menang siapa kalah dah tahu. Cuma lepas ni jangan ada yang masam muka. Sebab kita semua adalah saudara.
Selasa, 9 April 2013
Antara undi dan kenduri
Pada jam 12:30 t.hari tadi pengarah SPR telah mengumumkan tarikh PRU 13 ialah pada hari ahad 5 Mei. Dalam masa yang sama tarikh ini juga Tuan Haji Damanhuri bos aku buat kenduri kahwin anak lelakinya. Dah tentu ramai staf akan balik kampung mengundi. Tensyenlah nampaknya bos aku. Apapun aku boleh pegi kendurinya sebab aku ngundi di sini.
Rabu, 3 April 2013
Bermulanya debaran pilihanraya
Pada ari ni jam 11.30 pagi PM umumkan pembubaran parlimen bagi membolehkan PRU 13 diadakan. Maka bermulalah perang untuk menawan DUN dan Putrajaya. Siapa yang akan menang ???? tungguuuuuuuuuuuuu............................
Isnin, 1 April 2013
Kursus di Ipoh
Aku akan pergi kursus di ILP Ipoh pada 22 April hingga 25 April. ILP Ipoh ialah tempat aku belajar wireman dulu pada tahun 1994 hingga 1995. Ni ibarat macam sireh pulang ke gaganglah ni...............
Ahad, 31 Mac 2013
Pergi Zoo Negara
Pada hari Ahad 31 Mac aku pergi Zoo Negara dengan anak aku, bini aku, anak sedara aku dan pak mertua aku. Tapi bila dah masuk baru sedar kamera tertinggal dalam keta. Jadi tak dapat ambil gambar. Tensyen betul. Rasaya zoo negara la ni dah tak meriah cam dulu. Yang ada tarikan barupun cuma pengguin. Harga tiket dewasa rm30 kanak2 rm6 warga emas rm10.
Selasa, 26 Mac 2013
kerja banyak
banyak tul kerja sampai nak update blogpun takde masa. tambah lak harapkan komputer gomen je. kalau ada laptop sendiri ok lah. tapi bila nak dapat ye ??????????????
Jadi Mr Mama
Pada 18 hingga 21 mac lalu bini pegi kursus bitara di Pangkor. Selama 4 ari tulah aku terpaksa jadi Mr mama pada Min dan Firas pada waktu malam. Mujur masa ni diaorang tak sakit. Cuma Firas je yang 2 malam muntah lepas minum susu. Pada malam Rabu Firas lak terjaga pukul 3 pagi. Akupun terpaksalah berjaga malam layan dia.
Selasa, 12 Mac 2013
Penyakit Gatal
Baru-baru ni kami sekeluarga kena penyakit gatal. Macam2 ubat dah cuba akhirnya penyakit gatal semakin sembuh. Cuma Firas je yang masih ada penyakit gatal. Walaubagaimanapun penyakitnya dah semakin kurang. Mungkin tak lama lagi sembuhlah tu.....
Rabu, 6 Mac 2013
Bini aku nak pegi kursus
Pada 18 hingga 21 mac nanti bini aku nak pegi kursus bitara di pangkor aku kenalah jaga min dan firas nanti...........
Jumaat, 1 Mac 2013
Bini aku pegi Sepang
Hari ini bini aku pegi Sepang sebab nak tengok Jua baru bersalin. Dia bawa Min dan Firas. Aku tak pegi sebab kena keja OT.....
Rabu, 9 Januari 2013
Handphone baru.
Aku ngan bini aku dah pakai handphone baru. Bini aku pakai jenama Samsung tapi bukanlah Galaxy Tab atau Galaxy Note tapi handphone murah je. Takpelah janji jenama Samsung. Aku lak pakai jenama Alcatel handphone murah jugak tapi leh dengar radio. Oklah tu......
Selasa, 1 Januari 2013
Yasmin mula ke sekolah.
Hari ini 2 Januari 2013 anak sulungku Yasmin mula ke sekolah. Dia sekolah di Tadika KEMAS Hulu Bernam. Masa mula masuk sekolah dia tak menangis tapi bila dah balik rumah pulak dia nangis. Pelik betul anak aku ni...........
Langgan:
Catatan (Atom)