Rabu, 29 Jun 2016

Menjelang Hari Raya

Hari raya tak lama lagi. Lagu2 raya berkumandang sana-sini. Pusat beli belah penuh dengan orang. Selamat Hari Raya untuk semua.

Rabu, 1 Jun 2016

Tak De Tajuk

Tulisan aku ni takde tajuk sebab aku tak tau apa tajuk aku nak bubuh.

Rabu, 6 April 2016

Tengok Wayang

Hari Sabtu 2 April 2016 aku tengok wayang Boboiboy dengan Fiza, Min & Firas di TGV Rawang. Dah hampir 15 tahun aku tak masuk panggung wayang. Bagi Min & Firas ini first time diaorang tengok wayang.

Sabtu, 19 Mac 2016

Alarm pencawang berbunyi

Semalam alarm fire fighting di pencawang dekat bangunan SKTM UPSI berbunyi aku pergi report ke TNB. Jaga kata dah berbunyi dari pagi. Kenapa bila dah malam baru nak bagitau ???

Rabu, 16 Mac 2016

Pecah rekod

Kali ini blog lepas tensyen pecah rekod sebab first time dapat potong jumlah catatan blog zali@ja kampung seri keledang.

Yasmin pergi kursus bahasa Inggeris

Yasmin pergi kursus Bahasa Inggeris di Dewan SITC pada 15 dan 16 Mac 2016. Dapatlah dia belajar BI dan dapat kawan baru.

Isnin, 14 Mac 2016

Firas masuk hospital

Hari ahad 13.3.2016 Firas cedera lepas bergurau dengan Yasmin di rumah mak. Aku hantar dia ke hospital Slim. Kena 3 jahit. Esoknya aku ambil cuti emergency sebab nak jaga dia. Mak akupun datang ke rumah tidur 1 malam.

Selasa, 8 Mac 2016

Gerhana Matahari

Hari ini matahari gerhana. Di masjid2 dan surau2 ada orang buat solat sunat gerhana.

Isnin, 7 Mac 2016

Isnin, 22 Februari 2016

Ahad, 21 Februari 2016

Aktiviti Hujung Minggu

Hari Sabtu 20.2.2016 aku pergi mesyuarat PIBG buat kali ke 1 bersama Yasmin. Malamnya sambut hari jadi Faris. Ahad 21.2.2016 pergi orang kawin di sungai jurung anak bang Ruzi ( adik beradik Kak Besah Pak Daud. ) Wan Cu Ro pun ikut numpang tapi dia balik sendiri sebab aku terus balik Tg Malim.

Isnin, 15 Februari 2016

Suka2 je.....

Aku suka2 tulis dalam blog ni sebab dah lama tak menulis he he he.........

Ahad, 10 Januari 2016

Pergi Hotspring Sungai Klah

Hari Ahad aku pergi ke Hotspring Sungai Klah dengan keluarga. Sotong besar dah takde dan ada juga perubahan yang lain di sini. Nak masuk kena naik tram ( macam dalam zoo ) dulu.

Baucar 50 Ringgit Untuk Yasmin

Hari Sabtu pergi Econsave Slim River ambil baucar RM50 untuk Yasmin. Baucar ini daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk anak2 TAWAS yang lahir pada tahun 2009. Digunakan untuk beli peralatan sekolah.

Selasa, 5 Januari 2016

Boring

Hari ini aku boring tak tau kenapa mungkin sebab batuk aku tak sembuh tapi rasanya dah makin kurang.

Ahad, 3 Januari 2016

Hantar Min & Firas Ke Sekolah

Hari ini aku hantar Yasmin dan Firas masuk sekolah. Yasmin dah masuk sekolah rendah tahun satu di SK Hulu Bernam. Yasmin masuk kelas 1 A. Firas lak masuk sekolah tadika KEMAS Kiambang Bertaut untuk tahun kedua. Umurnya 5 tahun.