Selasa, 30 Oktober 2012

Terlupa off seterika

Malam tadi bini aku gosok baju. Tah macam mana punya lagut sampai lupa nak off seterika. Dah pagi baru sedar. Mujur tak tebako. Bil api bulan ni tinggilah nampaknya. Kak ipor aku dah balik ke rumah abah. Nampaknya huru-haralah balik umah tu.

Isnin, 29 Oktober 2012

Santau punya hal....

Baru2 aku dikejutkan dengan berita sahabat sekerja aku Jamsari dan isteri telah disantau. Teruk dia berubat sana sini dan akhirnya dia nampaknya semakin sihat. Aku pelik juga dalam zaman moden ini ada juga manusia yang main menda2 hantu syaitan ni. Dan aku bertanya juga orang yang buat keja ni beragama Islam ke ? Ingat Allah SWT ke ? tak tau ke yang main sihir ni tergolong dalam dosa2 besar yang dilaknat Allah SWT ? kepada Jamsari dan isteri harap bersabar kerana setiap perbuatan pasti ada balasan. Ye lah sedangkan Rasulullah SAW pun boleh kena sihir inikan pula orang awam macam kita.

Penghinaan Islam

Baru2 ni kita dikejutkan dengan penghinaan Islam oleh filem dalam Youtube semua umat Islam sedunia tunjukkan bantahan. Di negara kita parti MCA menyelar hukum hudud pulak dan ada juga orang Islam yang bangun membantah. Sebenarnya penghinaan Islam ini akan terus berlaku dulu, kini dan selamanya. Kita bangga bila ramai yang bangkit membantah bila Islam dihina cuma....... ada yang lebih membimbangkan daripada itu yang ramai orang Islam tak sedar iaitu penghinaan Islam oleh orang Islam sendiri dan yang peliknya orang itu nampak secara zahirnya menyokong Islam. Contohnya ramai orang yang mengaku Islam tapi meninggalkan solat 5 waktu. Bila ditegur katanya ' kubur masing2 kau apa sibuk '. Bila bulan Ramadan ada yang tak puasa sedangkan kita tahu puasa itu wajib bagi semua umat Islam. Ada pula yang mendakwa sudah mencapai makam tertinggi maka tak perlu lakukan syariat seperti solat, puasa, zakat dan lain2 lagi.
Jadi mereka inilah sebenarnya orang yang menghina Islam yang perlu kita takuti daripada orang kafir yang kita boleh nampak penentangan mereka. Agaknya sebab mereka inilah Allah SWT tidak mengizinkan negara Islam terbentuk di sini. Kalaulah Rasulullah fikir kubur masing2 tentulah baginda hanya sebarkan Islam untuk keluarga dia sahaja dan biarkan kita semua masuk neraka dan tidaklah baginda menangis memikirkan umatnya hingga hujung nyawanya.

Rabu, 24 Oktober 2012

Back in black.....

Aku tukar kembali wajah blog aku ni kepada warna hitam atau kata omputihnya Back In Black. Sebabnya aku rasa yang lama dulu susah nak urus. Takleh nak sign in terus melalui blog ni. kena pegi ke matzali.blogspot.com untuk sign in. Esok kita sambut ari raya haji jadi aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua. Juga kepada sesiapa yang puasa sunat ari ni selamat berpuasa.

Orang terakhir keluar bank.

Semalam aku mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya aku menjadi orang terakhir keluar bank. Aku ke sana atas urusan untuk buka akaun silver tapi lambat sebab tunggu download rate. Aku tengok masa tu takde orang lain lagi. Tapi lastnya tak selesai juga urusan sebab line sibuk. Bila keluar bank semua staf bank bagi penghormatan termasuk jaga bank. Hari ni kena datang lagi untuk selesaikan urusan.

Isnin, 22 Oktober 2012

Darling aku dapat gaji sama ngan aku

Hari buat pertama kalinya aku dan isteri aku dapat gaji pada hari yang sama. Sebabnya dia sekarang dah berstatus jawatan kontrak jadi hari gajinya pun samalah ngan staf yang berjawatan tetap. Pada hari Sabtu lalu kenduri aqiqah Firas selamat dilangsungkan di Masjid Hulu Bernam Cuma untuk 1 bahagian aqiqah lagi yang belum dibuat. Insya Allah tahun depan.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Paip air punya hal.

Dalam minggu ni aku tensyen betul ngan paip air umah aku yang bocor. Bocornya pulak kat penyambung di atas siling umah. Puaslah aku cuba baiki tapi bocor makin teruk sampai banjir umah. Mujurlah tukang paip Chor ngan Fizi datang baiki. Kalau tak alamat tak berairlah umah aku. Aku dapat klim ngan tuan rumah. Hari ini Firas duduk umah mak mertua sebab pengasuhnya pergi orang meninggal. Si Fatin ngan Aina yang jaga dia. Nak hantar umah Kak Zimah dia cakap tak boleh sebab dah ramai sangat budak.

Khamis, 4 Oktober 2012

MC.

Semalam aku cuti sakit atau orang ramai panggil MC. Sebab demam dan sengal2 di lutut dan pinggang. Nilah pertama kali aku MC sejak aku kerja di UPSI selama 7 taun. Yalah manusia mana yang tak sakit. Sakitkan satu tarbiah daripada Allah SWT kepada hambanya. Kalau tak sakit langsung jadi Firaun pulak.

Selasa, 2 Oktober 2012

Imej baru aku

Hari ini aku tampil dengan imej baru. Dah tak pakai ketayap lagi dan berambut pendek ala askar. Sebabnya rambut aku banyak kelemumur dan senang aku nak basuh kepala. Mula2 masuk opis aku dah kena perli biasalah tu sebabnya dah 1 taun lebih dengan imej ketayap. Walaubagaimanapun aku akan pakai ketayap pada setiap ari Jumaat.

Isnin, 1 Oktober 2012

Bini aku dah dapat kontrak

Berkuatkuasa 1.10.2012 bini aku menjadi pekerja UPSI kontrak selama setahun. Sebelum ni dia hanya sambilan selama 6 bulan. Sebagai staf kontrak dia mendapat manfaat yang sama dengan staf tetap. Syukur Alhamdulillah. Ini mungkin berkat solat dhuha dan doa yang selalu saya amalkan selama ini.