Baru2 ni kita dikejutkan dengan penghinaan Islam oleh filem dalam Youtube semua umat Islam sedunia tunjukkan bantahan. Di negara kita parti MCA menyelar hukum hudud pulak dan ada juga orang Islam yang bangun membantah. Sebenarnya penghinaan Islam ini akan terus berlaku dulu, kini dan selamanya. Kita bangga bila ramai yang bangkit membantah bila Islam dihina cuma....... ada yang lebih membimbangkan daripada itu yang ramai orang Islam tak sedar iaitu penghinaan Islam oleh orang Islam sendiri dan yang peliknya orang itu nampak secara zahirnya menyokong Islam. Contohnya ramai orang yang mengaku Islam tapi meninggalkan solat 5 waktu. Bila ditegur katanya ' kubur masing2 kau apa sibuk '. Bila bulan Ramadan ada yang tak puasa sedangkan kita tahu puasa itu wajib bagi semua umat Islam. Ada pula yang mendakwa sudah mencapai makam tertinggi maka tak perlu lakukan syariat seperti solat, puasa, zakat dan lain2 lagi.
Jadi mereka inilah sebenarnya orang yang menghina Islam yang perlu kita takuti daripada orang kafir yang kita boleh nampak penentangan mereka. Agaknya sebab mereka inilah Allah SWT tidak mengizinkan negara Islam terbentuk di sini. Kalaulah Rasulullah fikir kubur masing2 tentulah baginda hanya sebarkan Islam untuk keluarga dia sahaja dan biarkan kita semua masuk neraka dan tidaklah baginda menangis memikirkan umatnya hingga hujung nyawanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan