Selasa, 8 Mei 2012
Hari lahirku.
Pada 7 Mei 2012 bertambahlah angka umurku menjadi 42. Dan hari ini juga UPSI tempat aku kerja mengadakan istiadat konvo di kampus baru buat kali pertama. Pada hari ini juga UPSI melantik Canselor baru iaitu Tuanku Zara Salim Davidson menggantikan Tuanku Bainun. Dinding Facebook aku juga meriah dengan ucapan selamat hari jadi daripada rakan2. Turut mengucapkan hari jadi ialah isteri dan anak tersayang. Terima kasih untuk semua.Harap tahun kelahiran ini bertambah baik daripada tahun2 sebelumnya.
Khamis, 3 Mei 2012
Puaka E Learning.
Malam tadi aku dapat mimpi diganggu puaka dari Bangunan E Learning. Bila aku tersedar anak aku Firas juga ikut menangis. Akupun terus buat solat tahajud dan solat hajat minta dijauhkan dari gangguan jin, syaitan dan iblis. Pastu baca surah Al Ikhlas 100 kali. Terus tidur lena sampai azan subuh.
Selasa, 1 Mei 2012
Kisah bagunan E Learning
Sejak peristiwa kematian pelajar di Bangunan E Learning banyaklah cerita-cerita seram lain timbul pasal Bangunan E Learning ni. Yang paling sensasi ialah kisah ada seorang lagi pelajar nak terjun dari bangunan ni tapi dapat dihalang oleh pasukan keselamatan. Sekarang ni ramai yang takut dengan bagunan ni. Tapi malam tadi aku tengok pelajar UPSI masih ada yang naik bangunan ni sampai jam 11 malam.
Langgan:
Catatan (Atom)