Ni nak cakap pasal jamuan hari raya lak. Bulan Syawal ni merupakan bulan yang paling mewah di Malaysia. Sebabnya bulan ni lah adanya jamuan raya oleh berbagai-bagai pihak samada korprat, perseorangan parti politik, NGO dan sebagainya. Dalam bulan ni juga ada yang buat kenduri kahwin, kenduri naik buaian anak, bertunang atau pelbagai lagi. Pendek kata dalam bulan ni tak payah masak makan tengah hari dan malam harilah.
Namun disebalik jamuan raya ni ada juga pihak yang cuba nak membuat andaian tertentu. Contohnya bagi pertubuhan politik kehadiran tetamu masa jamuan raya dijadikan kayu pengukur sokongan rakyat kepada mereka. Bagi ahli perniagaan masa ni lah nak mempromosi syarikat mereka dan bagi orang perseorangan pula masa ni lah nak memperkenalkan diri pada masyarakat dan kesyukuran sebab berpindah di tempat baru dan macam-macam lagilah. Tapi yang penting jamuan raya biarlah bersederhana dan jangan ada sifat riak dan takbur dalam penganjurannya. Ingatkan juga nasib saudara-saudari kita yang kurang bernasib baik di luar negara sana yang diancam kebuluran.
Isnin, 19 September 2011
Ahad, 18 September 2011
Macam macam hal.
Dalam bulan Syawal ni bermacam - macam peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Bermula ngan krisis bini aku ngan kak long dan majlis kenduri kahwin kak ani. Usaha aku mencari kediaman baru lak nampaknya hampir berhasil bila SB cakap owner rumah sahkan aku boleh masuk lepas dia keluar. Owner minta deposit RM740.
Tak kisahlah asalkan boleh masuk. Lagi satu aku kena fikirkan belanja untuk kenduri naik buai anak kedua aku pula. Mak kata dia setuju majlis tu dibuat di Kampung Seri Keledang. Belanjanya boleh tahan juga. Yalah kena jemput semua sedara-mara dan adik-beradik tak nanti dikata dikemudian hari macam kenduri kahwin akak ipar aku baru-baru ni.

Rabu, 14 September 2011
Usaha mencari rumah baru.
Dalam dok bergelut dalam rumah pak mertua saya, sayapun berusahalah nak cari tempat tinggal baru. Ini disebabkan bini saya dah asyik nak ajak keluar rumah je. Tak tahan ngan Kak Long yang ada dalam rumah tu. Maka terdetiklah hati saya nak cari dalam portal UPSI dan terjumpalah iklan rumah untuk disewa di Bernam Jaya. Rumah ni asalnya didiami Shamsul Bakhtiar aka SB Pegawai Keselamatan UPSI. Dia nak keluar sebab dah beli rumah baru di Bernam Jaya juga. Sekarang ni dalam proses rundingan.
Isnin, 12 September 2011
Dapat bos baru.
Mulai sekarang sahlah Prof. Zakaria Kasa dilantik menjadi Naib Canselor yang baru. Beliau dipilih menggantikan Prof Aminah Ayob yang bersara wajib. Demikianlah lumrah dunia yang bersifat baharu. Yang kekal hanyalah zat yang Maha Esa yang tetap kekal selama-lamanya.
Perihal mimpi.
Kata orang mimpi itu permainan tidur. Tapi kadang-kadang ada juga mimpi yang jadi kenyataan. Hal ini terjadi pada aku masa dalam bulan Ramadan yang lalu masa aku nak beli baju anak aku bersama bini aku, anak aku Yasmin dan anak sedara aku Mek. Malam sebelum ke Shah Alam aku ada bermimpi yang tayar kereta aku pancit tapi aku buat tak tau je. Masa pergi Shah Alam selamat sampai tanpa apa-apa berlaku. Cuma bila masa balik aku rasa ada bunyi meletup pada tayar. Tak lama pastu ada orang bawa kereta lain tunjuk isyarat pada tayar kereta aku. Sahlah tayar kereta dah pancit Akupun tukar tayar spare dan terus pandu sampai ke rumah.
Mulai hari itu aku rasa aku patut beri perhatian pada mimpi-mimpi aku tapi aku taklah nak percaya sangat sebab aku ni bukannya rasul atau nabi atau wali yang mimpi mereka adalah wahyu Allah SWT. Cuma aku nal tengok sejauh mana kebenaran mimpi itu. Sekarang aku ada mimpi yang Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti. Jadi adakah benar atau tidak sama-sama kita tunggu............

Raya Raya Raya.
Ramadan dah berlalu kini kita dalam bulan Syawal. Bila Syawal ni ramailah yang seronok terutamanya geng yang kaki ponteng puasa. Atas dunia ni seronoklah korang sana nanti jawablah ngan Allah SWT. Bagi aku lak bulan Syawal ni buat aku jadi tensyen.
Semuanya sebab kakak sulung bini aku dah balik menetap di rumah pak mertua aku. Apa lagi tensyenlah jadinya. Bini aku ngan kakaknya ni macam anjing ngan kucing. Bila jumpa mesti bertekak dan kalau mereka bertekak tu maknanya dah berjumpalah tu. Akak bini aku ni lak katanya nak nupang di rumah pak mertua aku sekejap je tapi sampai la ni masih tak blah. Aku cakap kat bini aku kita tinggal di rumah mak aku je lah tapi dia taknak lak katanya tak selesa. Jadi aku kenalah usaha cari umah baru. Tensyen tul.....

Langgan:
Catatan (Atom)