Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru 2013 untuk semua. Semoga tahun 2013 ini lebih baik daripada tahun 2012. Selamat tinggal 2012.

Khamis, 20 Disember 2012

PDF punya pasal.

Dah lama tak tulis dalam blog ni. Semuanya kerana aku asyik dengan PDF. Aku sedang download banyak buku dalam bentuk PDF ni terutama pasal belajar bahasa asing. Antara yang telah aku download dan save bahasa Mandrin, Cantonese, Tamil, Urdu, Hindi, France, Italy, Germany, Arab dan banyak lagilah. Semuanya percuma................ Dah download ni bolehlah gunakan untuk belajar bahasa. Dalam pada itu aku ada gak d/load buku komik dan buku seni pertahan diri.

Selasa, 30 Oktober 2012

Terlupa off seterika

Malam tadi bini aku gosok baju. Tah macam mana punya lagut sampai lupa nak off seterika. Dah pagi baru sedar. Mujur tak tebako. Bil api bulan ni tinggilah nampaknya. Kak ipor aku dah balik ke rumah abah. Nampaknya huru-haralah balik umah tu.

Isnin, 29 Oktober 2012

Santau punya hal....

Baru2 aku dikejutkan dengan berita sahabat sekerja aku Jamsari dan isteri telah disantau. Teruk dia berubat sana sini dan akhirnya dia nampaknya semakin sihat. Aku pelik juga dalam zaman moden ini ada juga manusia yang main menda2 hantu syaitan ni. Dan aku bertanya juga orang yang buat keja ni beragama Islam ke ? Ingat Allah SWT ke ? tak tau ke yang main sihir ni tergolong dalam dosa2 besar yang dilaknat Allah SWT ? kepada Jamsari dan isteri harap bersabar kerana setiap perbuatan pasti ada balasan. Ye lah sedangkan Rasulullah SAW pun boleh kena sihir inikan pula orang awam macam kita.

Penghinaan Islam

Baru2 ni kita dikejutkan dengan penghinaan Islam oleh filem dalam Youtube semua umat Islam sedunia tunjukkan bantahan. Di negara kita parti MCA menyelar hukum hudud pulak dan ada juga orang Islam yang bangun membantah. Sebenarnya penghinaan Islam ini akan terus berlaku dulu, kini dan selamanya. Kita bangga bila ramai yang bangkit membantah bila Islam dihina cuma....... ada yang lebih membimbangkan daripada itu yang ramai orang Islam tak sedar iaitu penghinaan Islam oleh orang Islam sendiri dan yang peliknya orang itu nampak secara zahirnya menyokong Islam. Contohnya ramai orang yang mengaku Islam tapi meninggalkan solat 5 waktu. Bila ditegur katanya ' kubur masing2 kau apa sibuk '. Bila bulan Ramadan ada yang tak puasa sedangkan kita tahu puasa itu wajib bagi semua umat Islam. Ada pula yang mendakwa sudah mencapai makam tertinggi maka tak perlu lakukan syariat seperti solat, puasa, zakat dan lain2 lagi.
Jadi mereka inilah sebenarnya orang yang menghina Islam yang perlu kita takuti daripada orang kafir yang kita boleh nampak penentangan mereka. Agaknya sebab mereka inilah Allah SWT tidak mengizinkan negara Islam terbentuk di sini. Kalaulah Rasulullah fikir kubur masing2 tentulah baginda hanya sebarkan Islam untuk keluarga dia sahaja dan biarkan kita semua masuk neraka dan tidaklah baginda menangis memikirkan umatnya hingga hujung nyawanya.

Rabu, 24 Oktober 2012

Back in black.....

Aku tukar kembali wajah blog aku ni kepada warna hitam atau kata omputihnya Back In Black. Sebabnya aku rasa yang lama dulu susah nak urus. Takleh nak sign in terus melalui blog ni. kena pegi ke matzali.blogspot.com untuk sign in. Esok kita sambut ari raya haji jadi aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua. Juga kepada sesiapa yang puasa sunat ari ni selamat berpuasa.

Orang terakhir keluar bank.

Semalam aku mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya aku menjadi orang terakhir keluar bank. Aku ke sana atas urusan untuk buka akaun silver tapi lambat sebab tunggu download rate. Aku tengok masa tu takde orang lain lagi. Tapi lastnya tak selesai juga urusan sebab line sibuk. Bila keluar bank semua staf bank bagi penghormatan termasuk jaga bank. Hari ni kena datang lagi untuk selesaikan urusan.

Isnin, 22 Oktober 2012

Darling aku dapat gaji sama ngan aku

Hari buat pertama kalinya aku dan isteri aku dapat gaji pada hari yang sama. Sebabnya dia sekarang dah berstatus jawatan kontrak jadi hari gajinya pun samalah ngan staf yang berjawatan tetap. Pada hari Sabtu lalu kenduri aqiqah Firas selamat dilangsungkan di Masjid Hulu Bernam Cuma untuk 1 bahagian aqiqah lagi yang belum dibuat. Insya Allah tahun depan.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Paip air punya hal.

Dalam minggu ni aku tensyen betul ngan paip air umah aku yang bocor. Bocornya pulak kat penyambung di atas siling umah. Puaslah aku cuba baiki tapi bocor makin teruk sampai banjir umah. Mujurlah tukang paip Chor ngan Fizi datang baiki. Kalau tak alamat tak berairlah umah aku. Aku dapat klim ngan tuan rumah. Hari ini Firas duduk umah mak mertua sebab pengasuhnya pergi orang meninggal. Si Fatin ngan Aina yang jaga dia. Nak hantar umah Kak Zimah dia cakap tak boleh sebab dah ramai sangat budak.

Khamis, 4 Oktober 2012

MC.

Semalam aku cuti sakit atau orang ramai panggil MC. Sebab demam dan sengal2 di lutut dan pinggang. Nilah pertama kali aku MC sejak aku kerja di UPSI selama 7 taun. Yalah manusia mana yang tak sakit. Sakitkan satu tarbiah daripada Allah SWT kepada hambanya. Kalau tak sakit langsung jadi Firaun pulak.

Selasa, 2 Oktober 2012

Imej baru aku

Hari ini aku tampil dengan imej baru. Dah tak pakai ketayap lagi dan berambut pendek ala askar. Sebabnya rambut aku banyak kelemumur dan senang aku nak basuh kepala. Mula2 masuk opis aku dah kena perli biasalah tu sebabnya dah 1 taun lebih dengan imej ketayap. Walaubagaimanapun aku akan pakai ketayap pada setiap ari Jumaat.

Isnin, 1 Oktober 2012

Bini aku dah dapat kontrak

Berkuatkuasa 1.10.2012 bini aku menjadi pekerja UPSI kontrak selama setahun. Sebelum ni dia hanya sambilan selama 6 bulan. Sebagai staf kontrak dia mendapat manfaat yang sama dengan staf tetap. Syukur Alhamdulillah. Ini mungkin berkat solat dhuha dan doa yang selalu saya amalkan selama ini.

Rabu, 26 September 2012

Kursus lagi.....

Hari ini aku kursus di KSAS untuk hari ke 2 dalam opis tinggal 3 orang je Hanipah, Jamsari dan Mahathir. Aku, Wan, Mi Ganu kursus. Mi Trolak, Akmar, Epoi gi berbaris ari Patriotik di Padang UPSI.

Selasa, 25 September 2012

Kursus Microsoft Power Point 2007

Hari ini aku berkursus di Pusat ICT KSAS. Kali ini kursus Microsoft Powerpointlah pulak.

Jumaat, 21 September 2012

Kelakuan pelik Firas

Kisah ini terjadi pada hari Selasa malam selepas saya balik kerja jam 12 malam. Pada mulanya Firas terjaga dari tidur dan menangis. Isteri saya tukarkan pampersnya dia menangis. Kemudian buatkan susunya dia tak mau susu dan terus menangis. Namun tak semena2 dia ketawa dan matanya merenung ke atas. Hah ! sudah mesti ada makhluk ghaib dan kacau dia. Saya pun tepuk kepalanya sambil baca surah Al Ikhlas sebanyak mungkin. Dia pun diam dan tidur lena. Alhamdulillah.......

Rabu, 19 September 2012

Kursus Pembinaan Blog

Hari ini saya pergi ke kursus pembinaan blog. Walaupun aku dah ada blog kursus ini berguna untuk ingat balik dan menambah ilmu baru.

Isnin, 17 September 2012

Raya yang kelam kabut.

Aku rasa raya tahun ni agak kelam kabut. Yalah sampai aku tak sempat nak ambil gambar untuk tahun ni. Tahun ni aku beraya di rumah pak mertua aku. Pagi raya lepas semayang je abang ipar aku terus je ajak beraya ke sana sini. Pastu malamnya beraya juga. Kemudian raya ke 4 balik SKC esoknya beraya di Bidor dan Teluk Intan. Dalam perjalanan terlibat kemalangan bergeser ngan keta orang. Kena bayar 100. Pastu gi Sepang. Raya terakhir di Padang belakang balai polis. Jamuan raya PR pak mertua aku menang cabutan bertuah dapat seterika. Apa pun raya taun ni memang kelam kabut macam kelam kabutnya tulisan aku ni.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Hari last kerja dalam bulan puasa

Ari ni ari last kerja dalam bulan puasa. UPSI sunyi sepi sebab ramai yang dah ambil cuti awal. Taun ni tak de lak keje 1/2 ari. Balik jam 4.30 tapi aku balik lambat sbb kena standby. Apapun Selamat Ari Raya untuk semua maaf zahir batin.

Selasa, 14 Ogos 2012

Menjelang Syawal

Raya dah makin hampir. Sana sini yang dengar hanyalah cerita pasal raya. Lagu raya makin rancak diputarkan baik di radio, tv, pasar raya maupun dalam opis. Esok sekolah mula cuti. Malam ini merupakan malam 27 aka malam 7 likur. Tapi nampaknya makin kurang orang pasang pelita panjut. Mungkin sebab harga minyak tanah dah melambung. Hari ini juga ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4.

Khamis, 2 Ogos 2012

Ramadhan di pertengahan

Hari ini dah 14 Ramadhan. Maknanya dah setengah bulan kita berpuasa. Adakah kita telah gunakan bulan Ramadhan ni sebaik mungkin atau kita lebih ghairah menanti saat ketibaan hari raya yang menjelang tiba ?

Ahad, 22 Julai 2012

Hari kerja pertama dalam bulan Ramadhan.

Hari ini kebanyakan orang mula berkerja dan budak2 mula bersekolah. Kebanyakkannya masih dalam mod blues. Aku dah hantar kad2 raya kepada pemimpin negara dan negeri semuanya 23 keping. Harap2 depa balaslah. Kalau tak balas aku blacklist lah depa orang.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan kembali.

Pejam celik, pejam celik dah masuk balik bulan Ramadhan. Bulan yang penuh berkat. Bulan puasa dan bulan turunnya Al Quran. Semoga kita dapat manfaatkan bulan ini bersama. Puasa tau, jangan tak puasa.

Rabu, 18 Julai 2012

Kamera hilang.

Baru-baru ni kecoh pasal kamera aku. Puncanya bini aku bagi adik kawan dia pinjam dan bial pulang dia bagi kat pak mertua aku. Bila aku tanya pak mertua aku mana kamera dia bagi pengecas bateri je. Aku jadi kalut tanya bini aku. Bini aku call kawan dia. Siasat punya siasat rupanya budak yang ngaji ngan pak mertua aku yang rembat. Nasib baik dapat balik. Aku nak pakai untuk majlis ari jadi Min dan Firas.

Khamis, 12 Julai 2012

Pak Ngah Wahid meninggal

Pada 9 Julai 2012 jam 1.00 petang Pak Ngah Wahid meninggal dunia di rumahnya Kampung Pasir Slim Village. Dia adalah adik kepada mak mertua aku. Al Fatihah untuknya dan takziah untuk seluruh keluarganya.

Selasa, 26 Jun 2012

Along dah pindah.

Pada hari Isnin 25.6.2012 aku dapat tau yang si along akak ipar dah pindah dari rumah mak mertua aku. Dia bawa anak2nya ikut lakinya si mamak tu. Dia pindah ari sabtu atau ahad tak taulah pulak. Eloklah dia pindah ikut lakinya. Duduk rumah makpun ngabihkan bogheh je. Orang yang paling suka tentulah bini aku.

Ahad, 10 Jun 2012

Salam Blog............

Salam semua ari ni aku menulis sebab dah lama tak menulis. Rasanya tak apa nak citer cuma yang menariknya ialah UPSI telah dilanda ribut pada hari Sabtu 9.6.12 jam 10 malam masa tu ada pertandingan karaoke di Padang UPSI.

Selasa, 8 Mei 2012

Hari lahirku.

Pada 7 Mei 2012 bertambahlah angka umurku menjadi 42. Dan hari ini juga UPSI tempat aku kerja mengadakan istiadat konvo di kampus baru buat kali pertama. Pada hari ini juga UPSI melantik Canselor baru iaitu Tuanku Zara Salim Davidson menggantikan Tuanku Bainun. Dinding Facebook aku juga meriah dengan ucapan selamat hari jadi daripada rakan2. Turut mengucapkan hari jadi ialah isteri dan anak tersayang. Terima kasih untuk semua.Harap tahun kelahiran ini bertambah baik daripada tahun2 sebelumnya.

Khamis, 3 Mei 2012

Puaka E Learning.

Malam tadi aku dapat mimpi diganggu puaka dari Bangunan E Learning. Bila aku tersedar anak aku Firas juga ikut menangis. Akupun terus buat solat tahajud dan solat hajat minta dijauhkan dari gangguan jin, syaitan dan iblis. Pastu baca surah Al Ikhlas 100 kali. Terus tidur lena sampai azan subuh.

Selasa, 1 Mei 2012

Kisah bagunan E Learning

Sejak peristiwa kematian pelajar di Bangunan E Learning banyaklah cerita-cerita seram lain timbul pasal Bangunan E Learning ni. Yang paling sensasi ialah kisah ada seorang lagi pelajar nak terjun dari bangunan ni tapi dapat dihalang oleh pasukan keselamatan. Sekarang ni ramai yang takut dengan bagunan ni. Tapi malam tadi aku tengok pelajar UPSI masih ada yang naik bangunan ni sampai jam 11 malam.

Ahad, 22 April 2012

Kematian di UPSI.

Pagi ini aku masuk kerja dapat berita yang ada pelajar mati jatuh dari Bangunan E Learning. Tak tau apa puncanya. Sekarang jadi berta sensasi di surat khabar dan kedai kopi. Apapun kita mesti sedar bahawa tiap yang hidup pasti akan mati akhirnya.

Isnin, 9 April 2012

Acik meninggal dunia.

Hari ini aku, isteri aku dan yasmin pergi ke Bidor sebab Acik iaitu abang kepada mak aku meninggal dunia kerana sakit tua. Maknanya keluarga mak aku tinggal 2 orang lagi yang masih hidup iaitu mak aku dan Wan Andak aku. Apa yang menariknya sebelum aku pergi aku dan isteri aku ambil time off tapi Hanipah bagitau time off tak boleh lebih 25km. Pulak dah. Apapun En Ajihar dan En Din tak kata apa kira oklah tu. Takziah untuk Acik sekeluarga dan moga roh Acik ditempat dikalangan orang2 yang beriman.
Lagi satu cerita best bila aku dah balik dari Bidor ialah berita mengenai semua staf JPPHB tak dibenarkan menyertai kursus kesempurnaan solat esok. Semua ini adalah kerana arahan daripada Pengarah. La.... nape boleh jadi camni pulak ? Ape Kehenya ??????????

Jumaat, 6 April 2012

Firas asyik meragam.

Kebelakangan ni anak lelaki aku Firas asyik meragam je. Hal ni mulanya sebab dia demam panas ari khamis lalu. Pastu sampai sekarang dia asyik meragam terutamanya bila hari malam. Mungkin sebab dia nak naik buaian. Rumah alang dia tidur dalam buaian. sebelum ni dia memang tak biasa tidur dalam buaian.

Isnin, 2 April 2012

Isteri aku ditugaskan di kampus baru.

Hari ini isteri aku bertugas di kampus baru UPSI di Proton City. Aku masih di kampus lama. Salleh kata tukarlah di kampus baru. Abang Joi pun cakap camtu. Aku tak kisah mana pun tapi kalau dapat sama ngan isteri aku bagus juga. Senang nak ulang alik.

Isteri aku mula kerja.

Hari ni isteri aku start kerja sebagai pembantu tadbir di JPPHB. Firas dihantar ke rumah Alang dan Yasmin duduk di rumah Pak Mertua aku. Pertama kali dua beradik ni terpaksa berpisah. Sebabnya isteri aku cakap takut abah rasa sunyi pula sebab Yasmin takde. Yasmin menangis meraung bila kami tinggalkan dia. Yelah ni first time terpaksa berpisah ngan ma ma tersayang.

Sabtu, 31 Mac 2012

Hari April Fool.

Hari ini hari April Fool. Hari untuk orang2 bodoh. Tak kiralah bodoh kayu, bodoh bebal, bodoh macam lembu, bodoh sombong dan lain2. Orang Perak kata tengin. Sebenarnya orang yang paling bodoh ialah orang yang nampak keagungan Allah SWT tapi tak mau mengakui keagungannya. Semoga kita tak tergolong dalam golongan ini. Sesiapa yang menyambut hari April Fool ni teruskanlah perbuatan bodoh anda itu. He He He......................

Jumaat, 30 Mac 2012

Firas tak boleh berak.

Firas tak mau berak dari malam tadi. Dia ada meneran tapi taik tak mau keluar2. Aku minta ubat kat Klinik Mazlan Alhamdulillah baru dia boleh berak. Tak tau apa puncanya dia jadi begini.

Khamis, 29 Mac 2012

OT Direct.

Aku kena kerja OT direct dari 28.3 hingga 8.4 mak oiiiii lamanya................

Rabu, 28 Mac 2012

Sapa yang betul ni ??????

Aku tanya akak ipar aku napa laki dia belasah pak lang dan mak lang. Dia kata pak lang yang nak serang laki dia ngan parang dulu jadi dia melawanlah. Cakap kak long aku ni ada logiknya juga sebab pak lang ni pun hangin jugak orangnya. Lagipun dah banyak kali keluar masuk penjara. Mak metua aku pun cakap camtu.Jadi aku ambil keputusan berkecuali dan serahkan segalanya kepada keadilan Allah SWT.

Ahad, 25 Mac 2012

Berita baik dan berita buruk.

Aku mendapat 2 berita yang 1 baik dan yang 1 buruk. Berita baiknya ialah isteri saya telah mendapat kerja sebagai pembantu tadbir sambilan di JPPHB UPSI. ( sama ngan PTJ aku. takde tempat lain ke ? ) Berita buruknya ialah Ayah Uda aku telah meninggal dunia pada 24.3.2012. Ada satu lagi berita yang buat aku hot ialah biras aku telah membelasah Pak Lang dan Mak Lang aku. Aku kalau dapat dia ni siaplah...............

Jumaat, 16 Mac 2012

Apa Kehe nye ??????

Aku nak masuk gambo untuk artikel baru di blog matzali tapi tak mau masuk masuk APA KEHE NYE ?????????

Duit mak mertua aku kena curi.

Minggu lepas duit mak mertua aku kena curi. Tak taulah sapa punya keroje. Kesian dia sebab duit tu nak buat belanja beli makan. Tapi aku dah buat solat hajat dan terpulanglah pada Allah SWT nak wat apa pada si bedebah ni.

Isnin, 5 Mac 2012

Akhirnya Farizal Kahwin.

Setelah lama menanti akhirnya kemelut melanda keluarga Yong aku berakhir selepas Farizal kahwin dengan Ina. Harap lepas ni Yong dan Yop senang hati. Kak A A pula janganlah frust cari jelah orang lain. Yelah bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Jodoh pertemuan Allah SWT yang tentukan.

Khamis, 1 Mac 2012

Kasut kerja hilang.

Ari ni kasut kerja aku hilang. Sapa la punya kerja. Nasib baik ada kasut satu lagi. Tensyen betul............

Sabtu, 25 Februari 2012

Bosan bosan bosan

Aku bosan tul tak habis-habis manusia nak bercakaran sesama sendiri. Daripada adik-beradik hinggalah kepada pemimpin negara. Masing-masing nak kata mereka tu betul. Yang aku tahu betul hanyalah yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah sahaja. Lainnya hanyalah bohong semuanya. Tapi janganlah gunakan Al Quran dan Sunnah itu untuk kepentingan sendiri dan puak kita sahaja. Biarlah sama adil. Kalau salah kena bagitau biarpun orang itu adik-beradik, kawan karib maupun orang yang sama parti dengan kita. Jangan main pilih bulu pulak.