Ahad, 22 April 2012
Kematian di UPSI.
Pagi ini aku masuk kerja dapat berita yang ada pelajar mati jatuh dari Bangunan E Learning. Tak tau apa puncanya. Sekarang jadi berta sensasi di surat khabar dan kedai kopi. Apapun kita mesti sedar bahawa tiap yang hidup pasti akan mati akhirnya.
Isnin, 9 April 2012
Acik meninggal dunia.
Hari ini aku, isteri aku dan yasmin pergi ke Bidor sebab Acik iaitu abang kepada mak aku meninggal dunia kerana sakit tua. Maknanya keluarga mak aku tinggal 2 orang lagi yang masih hidup iaitu mak aku dan Wan Andak aku. Apa yang menariknya sebelum aku pergi aku dan isteri aku ambil time off tapi Hanipah bagitau time off tak boleh lebih 25km. Pulak dah. Apapun En Ajihar dan En Din tak kata apa kira oklah tu. Takziah untuk Acik sekeluarga dan moga roh Acik ditempat dikalangan orang2 yang beriman.
Lagi satu cerita best bila aku dah balik dari Bidor ialah berita mengenai semua staf JPPHB tak dibenarkan menyertai kursus kesempurnaan solat esok. Semua ini adalah kerana arahan daripada Pengarah. La.... nape boleh jadi camni pulak ? Ape Kehenya ??????????
Lagi satu cerita best bila aku dah balik dari Bidor ialah berita mengenai semua staf JPPHB tak dibenarkan menyertai kursus kesempurnaan solat esok. Semua ini adalah kerana arahan daripada Pengarah. La.... nape boleh jadi camni pulak ? Ape Kehenya ??????????
Jumaat, 6 April 2012
Firas asyik meragam.
Kebelakangan ni anak lelaki aku Firas asyik meragam je. Hal ni mulanya sebab dia demam panas ari khamis lalu. Pastu sampai sekarang dia asyik meragam terutamanya bila hari malam. Mungkin sebab dia nak naik buaian. Rumah alang dia tidur dalam buaian. sebelum ni dia memang tak biasa tidur dalam buaian.
Isnin, 2 April 2012
Isteri aku ditugaskan di kampus baru.
Hari ini isteri aku bertugas di kampus baru UPSI di Proton City. Aku masih di kampus lama. Salleh kata tukarlah di kampus baru. Abang Joi pun cakap camtu. Aku tak kisah mana pun tapi kalau dapat sama ngan isteri aku bagus juga. Senang nak ulang alik.
Isteri aku mula kerja.
Hari ni isteri aku start kerja sebagai pembantu tadbir di JPPHB. Firas dihantar ke rumah Alang dan Yasmin duduk di rumah Pak Mertua aku. Pertama kali dua beradik ni terpaksa berpisah. Sebabnya isteri aku cakap takut abah rasa sunyi pula sebab Yasmin takde. Yasmin menangis meraung bila kami tinggalkan dia. Yelah ni first time terpaksa berpisah ngan ma ma tersayang.
Langgan:
Catatan (Atom)