Rabu, 30 Disember 2015

Tak jemput kenduri kahwin

Pada hari Sabtu 26.12.2015 anak saudara aku Ada ( anak sepupu aku. ) kahwin tapi aku tak pergi sebab Ada tak jemput pulak tu tak sapa bagitau yang ada atau mak ayah dia ada jemput. Apapun benda dah lepas biyor je le...

Isnin, 21 Disember 2015

Buku Punya Hal

Baru2 ada pergi bengkel menulis buku anjuran DBP. Orang yang menyertai ni kebanyakannya pensyrah dan orang biasa macam aku ni cuma 2, 3 orang je. Yelah pensyarahlah yang biasanya menulis buku tapi dalam Sinar Harian hari ni ada cerita yang gelandangan menjadi kaya kerana menulis buku. Jadi menulis buku ni sebenarnya bukan untuk orang2 terpelajar je tapi untuk semua. Akupun satu hari nanti cuba nak tulis buku gak. Mana tau diizinkan Allah jadi kaya dengan buku tu...

Rabu, 16 Disember 2015

Jumpa Ella Dan Anak2

Semalam balik SKC jumpa Ella, Rashid, Muiz, Faiz dan Haris. Haris dah petah bercakap. Malam tadi seronok dia main ngan Firas. Yelah nak main ngan abang2nya umur dema dah jauh sangat. Mak kata nak pegi Perlis kawin anak Nyah hari Khamis.

Ahad, 13 Disember 2015

Hari Isnin

Ari ni Isnin. Ari mula keja lepas cuti 2 ari. Selangor cuti sebab menang Piala Malaysia kali ke 33. Ari ni juga hantar pak mertua ke klinik sebab dia sakit semput. Nak check x ray.

Ahad, 6 Disember 2015

Duit Hilang

Semalam aku bawa pak mertua pergi beli sate. Bini bagi RM50 untuk bayar sate tapi pak mertua aku bayarkan sate tu. Bila balik bini aku tanya mana dia duit RM50 esok paginya. Entah macam mana duit tu hilang. Aku kena ganti balik RM50. Yang misterinya camna duit tu hilang sebab poket seluar aku berzip ???

Khamis, 3 Disember 2015

Penghulu Segala Hari

Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari. Banyak berkat hari ini pada sesiapa yang mengetahui akan keberkatannya.

Rabu, 2 Disember 2015

Hadiah Daripada Petronas

Semalam aku dapat hadiah daripada Pertonas yang merupakan gift card bernilai RM200. Alhamdulillah inilah rezeki namanya.

Selasa, 1 Disember 2015

Melancong Ke Melaka

Pada hari Isnin 30 November 2015 aku bercuti dan melancong ke Melaka bersama keluarga. Pergi ke A Famosa, Gereja Lama dan Muzium Kesultanan Melaka. Lepas tu pergi ke keretapi lama. Nka pergi ke Taman Rama2 tak sempat sebab sampai jam 5:30pm dah tutup.