Ahad, 22 Julai 2012

Hari kerja pertama dalam bulan Ramadhan.

Hari ini kebanyakan orang mula berkerja dan budak2 mula bersekolah. Kebanyakkannya masih dalam mod blues. Aku dah hantar kad2 raya kepada pemimpin negara dan negeri semuanya 23 keping. Harap2 depa balaslah. Kalau tak balas aku blacklist lah depa orang.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan kembali.

Pejam celik, pejam celik dah masuk balik bulan Ramadhan. Bulan yang penuh berkat. Bulan puasa dan bulan turunnya Al Quran. Semoga kita dapat manfaatkan bulan ini bersama. Puasa tau, jangan tak puasa.

Rabu, 18 Julai 2012

Kamera hilang.

Baru-baru ni kecoh pasal kamera aku. Puncanya bini aku bagi adik kawan dia pinjam dan bial pulang dia bagi kat pak mertua aku. Bila aku tanya pak mertua aku mana kamera dia bagi pengecas bateri je. Aku jadi kalut tanya bini aku. Bini aku call kawan dia. Siasat punya siasat rupanya budak yang ngaji ngan pak mertua aku yang rembat. Nasib baik dapat balik. Aku nak pakai untuk majlis ari jadi Min dan Firas.

Khamis, 12 Julai 2012

Pak Ngah Wahid meninggal

Pada 9 Julai 2012 jam 1.00 petang Pak Ngah Wahid meninggal dunia di rumahnya Kampung Pasir Slim Village. Dia adalah adik kepada mak mertua aku. Al Fatihah untuknya dan takziah untuk seluruh keluarganya.