Sabtu, 28 November 2015
Cikgu Timah Sakit
Pada hari Jumaat 27/11/2015 hari cuti keputeraan Sultan Perak aku pergi Hospital Selayang sebab melawat Cikgu Timah ( cikgu tadika Min & Firas ). Di hospital terjumpa lak akak Radha ( bekas cleaner UPSI ) sekarang dah jadi guard hospital. Dah masuk Islam dan namanya bertukar kepada Sarah. Begitulah bila dah dapat hidayah. Aku juga mengharapkan Cikgi Timah cepat sembuh InsyaAllah.
Rabu, 25 November 2015
Blog yang semakin dilupakan
Aku pergi menjenguk blog2 rakan yang lain dan nampaknya ramai yang tak update blog2 dema sampai bertahun2. Sebabnya aku rasa ialah dah banyak platform lain selain blog untuk menulis. Ada FB, Wassap, Instagram, Wechat dan lain2nya. Nampaknya semakin sepilah dunia blog ni...
Selasa, 24 November 2015
Hari Gaji
Hari ini hari gaji. Maka aku bergembiralah sebentar tapi lepas semua hutang dibayar muka ada sikit asyam. Kena pandai bajet. Salah bajet alamat lingkup.
Isnin, 23 November 2015
Balik Rumah Mak
Malam tadi balik rumah mak di SKC. Tidur semalam pagi ini balik kerja. Dalam ofis ada 3 orang je sebab yang lain ke KSAS sebab konvo.
Ahad, 22 November 2015
Rabu, 18 November 2015
Dah lama tak berblog
Lama betul tak berblog sebab lebih banyak buat pos ke FB. Salam untuk blog aku. Aku kembali............
Langgan:
Catatan (Atom)