Jumaat, 19 Ogos 2011

Ramadan kian berlalu.

Gadebak-gedebuk nak berlalu dah bulan Ramadan ni. Begitu cepat masa berlalu. La ni ramai yang dah sibuk nak buat persiapan Aidil Fitri termasuklah aku. Tahun ni bajet lebih sikit sebab dah bertambah sorang lagi ahli keluarga baru. Zakat fitrah tahun ni pun kena bayar 5 orang. Tapi dalam dok kita buat persiapan Raya jangan kita lupa yang kita sekarang berada di kemuncak Ramadan. Mulai malam tadi kita dah berada di 10 malam terakhir dan salah satu malam ni ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Mudah-mudahan kita dapat mencarinya. Insya Allah.............

Khamis, 4 Ogos 2011

Salam Ramadhan.

Diam tak diam rupanya kita dah kembali dalam penghulu segala bulan iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang Allah SWT firmankan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Bagi orang awam bulan Ramadhan biasanya dikaitkan dengan puasa. Ada yang suka dan ada yang tak. Pada yang tak suka tu maknanya iman depa ni tak cukup lagilah tambah pula kalau orang tu dah tua bangka. Malulah sikit budak umur 6 tahun pun larat puasa.

Bagi aku pula Ramadhan tahun ini membawa erti yang besar pada diriku kerana tahun ni aku kena bayar zakat fitrah lebih sikit kerana kehadiran cahaya mata baru Apa yang aku harapkan Ramadhan kali ni akan lebih baik daripada tahun lepas.

P/S : Respek kat anak sedara aku Irfan@Mek kerana larat puasa walaupun tak bangun sahur. Umurnya baru 7 tahun.