Jumaat, 17 Ogos 2012

Hari last kerja dalam bulan puasa

Ari ni ari last kerja dalam bulan puasa. UPSI sunyi sepi sebab ramai yang dah ambil cuti awal. Taun ni tak de lak keje 1/2 ari. Balik jam 4.30 tapi aku balik lambat sbb kena standby. Apapun Selamat Ari Raya untuk semua maaf zahir batin.

Selasa, 14 Ogos 2012

Menjelang Syawal

Raya dah makin hampir. Sana sini yang dengar hanyalah cerita pasal raya. Lagu raya makin rancak diputarkan baik di radio, tv, pasar raya maupun dalam opis. Esok sekolah mula cuti. Malam ini merupakan malam 27 aka malam 7 likur. Tapi nampaknya makin kurang orang pasang pelita panjut. Mungkin sebab harga minyak tanah dah melambung. Hari ini juga ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4.

Khamis, 2 Ogos 2012

Ramadhan di pertengahan

Hari ini dah 14 Ramadhan. Maknanya dah setengah bulan kita berpuasa. Adakah kita telah gunakan bulan Ramadhan ni sebaik mungkin atau kita lebih ghairah menanti saat ketibaan hari raya yang menjelang tiba ?