Sabtu, 22 Oktober 2011
Kepala pening.
Macam2 masalah aku alami menyebabkan kepala aku pening. Tapi aku percaya terdapat sesuatu hikmah yang besar di sisi Allah SWT disebalik masalah yang aku alami ini. Sesuatu yang tak baik pada pandangan kita mungkin ia baik pada pandangan Allah SWT begitulah sebaliknya. Kerana dia mengetahui perkara tersirat disebalik tersurat.
Isnin, 19 September 2011
Jamuan hari raya.
Ni nak cakap pasal jamuan hari raya lak. Bulan Syawal ni merupakan bulan yang paling mewah di Malaysia. Sebabnya bulan ni lah adanya jamuan raya oleh berbagai-bagai pihak samada korprat, perseorangan parti politik, NGO dan sebagainya. Dalam bulan ni juga ada yang buat kenduri kahwin, kenduri naik buaian anak, bertunang atau pelbagai lagi. Pendek kata dalam bulan ni tak payah masak makan tengah hari dan malam harilah.
Namun disebalik jamuan raya ni ada juga pihak yang cuba nak membuat andaian tertentu. Contohnya bagi pertubuhan politik kehadiran tetamu masa jamuan raya dijadikan kayu pengukur sokongan rakyat kepada mereka. Bagi ahli perniagaan masa ni lah nak mempromosi syarikat mereka dan bagi orang perseorangan pula masa ni lah nak memperkenalkan diri pada masyarakat dan kesyukuran sebab berpindah di tempat baru dan macam-macam lagilah. Tapi yang penting jamuan raya biarlah bersederhana dan jangan ada sifat riak dan takbur dalam penganjurannya. Ingatkan juga nasib saudara-saudari kita yang kurang bernasib baik di luar negara sana yang diancam kebuluran.

Ahad, 18 September 2011
Macam macam hal.
Dalam bulan Syawal ni bermacam - macam peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Bermula ngan krisis bini aku ngan kak long dan majlis kenduri kahwin kak ani. Usaha aku mencari kediaman baru lak nampaknya hampir berhasil bila SB cakap owner rumah sahkan aku boleh masuk lepas dia keluar. Owner minta deposit RM740.
Tak kisahlah asalkan boleh masuk. Lagi satu aku kena fikirkan belanja untuk kenduri naik buai anak kedua aku pula. Mak kata dia setuju majlis tu dibuat di Kampung Seri Keledang. Belanjanya boleh tahan juga. Yalah kena jemput semua sedara-mara dan adik-beradik tak nanti dikata dikemudian hari macam kenduri kahwin akak ipar aku baru-baru ni.

Rabu, 14 September 2011
Usaha mencari rumah baru.
Dalam dok bergelut dalam rumah pak mertua saya, sayapun berusahalah nak cari tempat tinggal baru. Ini disebabkan bini saya dah asyik nak ajak keluar rumah je. Tak tahan ngan Kak Long yang ada dalam rumah tu. Maka terdetiklah hati saya nak cari dalam portal UPSI dan terjumpalah iklan rumah untuk disewa di Bernam Jaya. Rumah ni asalnya didiami Shamsul Bakhtiar aka SB Pegawai Keselamatan UPSI. Dia nak keluar sebab dah beli rumah baru di Bernam Jaya juga. Sekarang ni dalam proses rundingan.
Isnin, 12 September 2011
Dapat bos baru.
Mulai sekarang sahlah Prof. Zakaria Kasa dilantik menjadi Naib Canselor yang baru. Beliau dipilih menggantikan Prof Aminah Ayob yang bersara wajib. Demikianlah lumrah dunia yang bersifat baharu. Yang kekal hanyalah zat yang Maha Esa yang tetap kekal selama-lamanya.
Perihal mimpi.
Kata orang mimpi itu permainan tidur. Tapi kadang-kadang ada juga mimpi yang jadi kenyataan. Hal ini terjadi pada aku masa dalam bulan Ramadan yang lalu masa aku nak beli baju anak aku bersama bini aku, anak aku Yasmin dan anak sedara aku Mek. Malam sebelum ke Shah Alam aku ada bermimpi yang tayar kereta aku pancit tapi aku buat tak tau je. Masa pergi Shah Alam selamat sampai tanpa apa-apa berlaku. Cuma bila masa balik aku rasa ada bunyi meletup pada tayar. Tak lama pastu ada orang bawa kereta lain tunjuk isyarat pada tayar kereta aku. Sahlah tayar kereta dah pancit Akupun tukar tayar spare dan terus pandu sampai ke rumah.
Mulai hari itu aku rasa aku patut beri perhatian pada mimpi-mimpi aku tapi aku taklah nak percaya sangat sebab aku ni bukannya rasul atau nabi atau wali yang mimpi mereka adalah wahyu Allah SWT. Cuma aku nal tengok sejauh mana kebenaran mimpi itu. Sekarang aku ada mimpi yang Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti. Jadi adakah benar atau tidak sama-sama kita tunggu............

Raya Raya Raya.
Ramadan dah berlalu kini kita dalam bulan Syawal. Bila Syawal ni ramailah yang seronok terutamanya geng yang kaki ponteng puasa. Atas dunia ni seronoklah korang sana nanti jawablah ngan Allah SWT. Bagi aku lak bulan Syawal ni buat aku jadi tensyen.
Semuanya sebab kakak sulung bini aku dah balik menetap di rumah pak mertua aku. Apa lagi tensyenlah jadinya. Bini aku ngan kakaknya ni macam anjing ngan kucing. Bila jumpa mesti bertekak dan kalau mereka bertekak tu maknanya dah berjumpalah tu. Akak bini aku ni lak katanya nak nupang di rumah pak mertua aku sekejap je tapi sampai la ni masih tak blah. Aku cakap kat bini aku kita tinggal di rumah mak aku je lah tapi dia taknak lak katanya tak selesa. Jadi aku kenalah usaha cari umah baru. Tensyen tul.....

Jumaat, 19 Ogos 2011
Ramadan kian berlalu.
Gadebak-gedebuk nak berlalu dah bulan Ramadan ni. Begitu cepat masa berlalu. La ni ramai yang dah sibuk nak buat persiapan Aidil Fitri termasuklah aku. Tahun ni bajet lebih sikit sebab dah bertambah sorang lagi ahli keluarga baru. Zakat fitrah tahun ni pun kena bayar 5 orang. Tapi dalam dok kita buat persiapan Raya jangan kita lupa yang kita sekarang berada di kemuncak Ramadan. Mulai malam tadi kita dah berada di 10 malam terakhir dan salah satu malam ni ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Mudah-mudahan kita dapat mencarinya. Insya Allah.............
Khamis, 4 Ogos 2011
Salam Ramadhan.
Diam tak diam rupanya kita dah kembali dalam penghulu segala bulan iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang Allah SWT firmankan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Bagi orang awam bulan Ramadhan biasanya dikaitkan dengan puasa. Ada yang suka dan ada yang tak. Pada yang tak suka tu maknanya iman depa ni tak cukup lagilah tambah pula kalau orang tu dah tua bangka. Malulah sikit budak umur 6 tahun pun larat puasa.
Bagi aku pula Ramadhan tahun ini membawa erti yang besar pada diriku kerana tahun ni aku kena bayar zakat fitrah lebih sikit kerana kehadiran cahaya mata baru Apa yang aku harapkan Ramadhan kali ni akan lebih baik daripada tahun lepas.
P/S : Respek kat anak sedara aku Irfan@Mek kerana larat puasa walaupun tak bangun sahur. Umurnya baru 7 tahun.

Rabu, 13 Julai 2011
Bersih Bersih Bersih...........
Isu yang paling hangat ketika ini ialah perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur baru - baru ni. Macam - macam pandangan terhadap isu ni. Kalau buka FB kebanyakannya post pasal BERSIH di wall dema ni. Ada pro dan ada juga kontra. Yelah ikut fahaman masing - masing lah. Aku pada hari perhimpunan tu ada kat Giant Batu Cave dan nampak ramai juga orang buat perhimpunan di sini untuk menyapu BERSIH barang yang dijual di Giant.
Tak tau apa citer kat KL masa perhimpunan BERSIH ni. Ada kata 100 ribu orang datang, ada kata 50 ribu orang datang, ada kata 10 ribu dan ada kata 6 ribu orang. Apa pun citernya semuanya dah terjadi dan syabas diucapkan kepada kedua - dua pihak peserta dan polis kerana tak de perkara yang kronik terjadi masa perhimpunan ini. Dato' Seri Najib PM kata BERSIH ni tak membimbangkan dia dan bersedia menghadapi pembangkang dalam pilihanraya. Jadi kalau dah ada ' beran ' apa lagi bubarlah parlimen.

Khamis, 7 Julai 2011
Macam macam hal.
Hai....... Dah lama tak menulis. Nampaknya saya dah semakin sibuk semenjak dua menjak ni. Maklumlah macam - macam nak dibuat. Baru - baru saya terima anugerah khidmat cemerlang daripada majikan saya. Berbagai - bagai reaksi yang diterima tentang anugerah ni. Yang terima tentulah seronok tapi yang tak terima ni bercampur - baurlah perasaan mereka. Ada yang biasa je dan ada juga yang tak puas hati. Maklumlah keje dah lama dah otai kata orang. Alih - alih junior yang cap jari tak kering yang dapat anugerah. Lagi satu kali ni ramai yang dapat anugerah untuk kali yang kedua. Tambah bengkek lah kawan.
Bagi saya anugerah ni kalau dapat ke tak dapat ke sama je sebab saya percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Lagi satu bila dah dapat anugerah ni rasa runsingpun ada juga. Sebabnya bila dah dinobat cemerlang ni orang akan perhatikan gerak - geri kita. Kalau kita buat salah tentu mereka akan kata " Macam nama dia ni boleh dapat cemerlang ? ".
Satu hal lagi dalam UPSI ni ialah berlangsungnya pemilihan AJK Kesatuan Pegawai Am KPA. Ni macam unionlah. Lepas je pemilihan macam - macam suara didengar. Tapi bagi saya siapapun yang menang tak kisah asalkan jalan keje. Kalau tak lain kali bungkuslah kau macam apa yang berlaku di Perak, Selangor, Penang dan Kedah dalam PRU yang lalu.

Khamis, 2 Jun 2011
Lama tak menulis.
Tulah hajat hati nak buat 2 blog at last dah terlayan padan muka aku. Sebenarnya kerja saya sekarang semakin sibuk jadi takde masa nak menulis. Banyak perkara yang terjadi baru-baru ini. Wan Ngah saya dah meninggal dunia pada 28 Mei lalu. Pada malam esoknya saya menyambut harijadi anak saya Yasmin dan turut merangkap hari jadi saya kerana bulan kelahiran saya dan Yasmin sama. Tadi saya cuba upload gambar maijlis harijadi kami di blog matzali.blogspot.com tapi takleh lak.
Isnin, 9 Mei 2011
Hari jadi dan hari ibu.
Bulan Mei merupakan bulan yang paling meriah dalam bulan kalender Masihi kerana bulan ini ada bermacam-macam hari perayaan. Bagi aku bulan ini penuh bermakna kerana hari jadi aku dalam bulan Mei iaitu 7 Mei. Selepas itu pada 8 Mei hari ibu pula. Hari jadi anak sulung saya Yasmin juga pada bulan Mei juga. Pada 8 Mei sambutan meraikan ibu saya dibuat di rumah ibu saya di SKC. Tak lupa hari jadi Tarif, Abang Nan dan Wani juga dalam bulan Mei.
Khamis, 28 April 2011
Syair saya.
Baru ini saya telah menang hadiah saguhati pertandingan menulis syair 16 rangkap bertemakan sejarah dan lagenda anjuran Klasik Nasional FM. Saya hantar dua syair dan tak tau mana satu yang menang. Berikut adalah syair yang telah saya hantar :
Syair Hikayat Kerajaan Melaka.
Negeri Palembang hikayat bermula
Kisah seorang putera raja
Parameswara nama dirinya
Orangnya tampan lagi perkasa.
Kerajaan Majapahit datang menyerang
Parameswara bangun menentang
Bersama rakyat Baginda berjuang
Tapi malangnya Baginda kecundang.
Setelah kecundang Bagindapun lari
Ke Semenanjung menyelamatkan diri
Bersama rakyat yang setia berbakti
Perintah Tuanku dijunjung tinggi.
Sampai di Semenanjung Baginda berehat
Untuk melepaskan lelah dan penat
Sebatang pohon dijadikan tempat
Semuanya setuju lagi sepakat.
Di bawah pokok Baginda terpandang
Seekor kancil sedang berjuang
Seekor anjing kancil menendang
Jatuh ke sungai anjing yang malang.
Melihat begitu Baginda gembira
Membina negeri dicadang baginda
Pokok berteduh ditanya namanya
Pokok Melaka jawab rakyatnya.
Bermula dari itu hikayat bermula
Sebuah negeri di bumi Nusantara
Tempat pedagang seluruh dunia
Berjual-beli barangan niaga.
Kerajaan China menghantar utusan
Laksamana Cheng Ho ketua angkatan
Datang ke Melaka bertemu Sultan
Menjalin hubungan dan juga persahabatan.
Negeri Melaka ramai hulubalang
Bendahara Tun Perak salah seorang
Menentang musuh yang datang menentang
Tak kira dari mana mereka datang.
Jangan dilupa Laksamana Hang Tuah
Seorang pahlawan yang pintar dan gagah
Walaupun Hang Tuah telah difitnah
Kesetiaan Hang Tuah tak pernah berubah.
Sultan Alauddin berjiwa rakyat
Baginda tak suka rakyat merempat
Menyamar diri membunuh penjahat
Tiada siapa yang dapat melihat.
Setelah Melaka mahsyur terbilang
Rasa iri hati mula mendatang
Bahan fitnah datang menyerang
Raja Mendeliar menjadi dalang.
Bendahara Tun Mutahir menjadi mangsa
Raja Mendeliar dan Kitol empunya rencana
Sultan Mahmud menjadi murka.
Satu keluarga habis dibunuhnya.
Datang gerombolan dari Portugis
Orangnya garang lagi bengis
Menyerang Melaka sehingga habis
Rakyat Melaka hanya menangis
Rakyat Melaka cuba melawan
Tapi tak daya menandingi kekuatan
Keris dan tombak senjata digunakan
Meriam dan senapang Portugis balaskan.
Demikian kisah hikayat Melaka
Buat tatapan generasi kita
Ada yang suka ada yang duka
Kekal di ingatan sampai bila-bila.
Zaman Penjajahan Negaraku.
Setelah tumbang kerajaan Melaka
Datang Portugis menjajah kita
Tanda bermula kisah duka
Zaman penjajahan negara kita.
Portugis membina kota A Farmosa
Tanda mereka gagah perkasa
Membunuh rakyat yang tak berdosa
Tua dan muda menjadi mangsa.
Sekian lama Portugis berkuasa
Datang Belanda menyerang pula
Nasib rakyat tetaplah sama
Hidup terseksa sepanjang masa.
Perintah penjajah perlu diturutkan
Tiada siapa yang berani melawan
Jika melawan kena hukuman
Dalam penjara mereka disumbatkan.
Sekian lama di zaman Belanda
Inggeris datang menjajah kita
Berebut jajahan sesama mereka
Di kota London perjanjian dicipta.
Dalam perjanjian mereka sepakat
Tanah Melayu Inggeris yang dapat
Jawa dan Sumatera Belanda bertempat
Hanya rakyat jelata yang hidup merempat.
Rakyat jelata sudah hilang sabar
Hati mereka mula terbakar
Semangat menentang berkobar-kobar
Pihak penjajah mula mengeletar.
Negeri Perak penentangan bermula
Ketua mereka Datuk Maharajalela
Datuk Sagor dan lainnya pun turut serta
JWW Birch dibunuh mereka.
Penentangan berlaku di negeri Pahang
Datuk Bahaman menjadi dalang
Tok Gajah Mat Kilau turut berjuang
Menentang Inggeris yang datang menyerang.
Tentangan seterusnya di negeri Kelantan
Pahlawan Tok Janggut ketuai angkatan
Menentang Inggeris yang besar kekuatan
Akhirnya Tok Janggut gugur di medan.
Turut terjadi penentangan di Sarawak
Panglima Rentap memulakan gerak
Bersenjatakan parang lembing dan tombak
Dengan semangat berkobar lagi bersemarak.
Tidak terkecuali tentangan di Sabah
Diketuai Mat Salleh pendekar yang gagah
Menentang Inggeris tanpa mengalah
Demi tanah air agama dan maruah.
Tentera Jepun menakluki negara
Mengalahkan Inggeris dengan tenteranya
Rakyat jelata diancam bahaya
Kalau menentang terbang kepalanya.
Setelah Jepun menyerah kalah
Inggeris kembali datang memerintah
Hidup rakyat tidak berubah
Sentiasa berduka dan keluh kesah.
Inggeris setuju berikan kemerdekaan
Di negara England dibuat rundingan
Di Tanah Melayu berlaku perubahan
Sorakan merdeka bergema kedengaran.
Demikian cerita sejarah negara
Untuk tatapan generasi kita
Bersamalah kita berjuang bersama
Agar penjajahan tak berulang semula.
Dah lama dah!!!
Nampaknya lama bebeno teman tak menulis dalam blog ni. Maklumlah sibuk memanjang. Lagipun opis teman ni ada komputer baru dan cangggih ya amat. Jadi payah teman nak memahamnya. Banyak benda yang teman lalui semenjak 2 menjak ni. Adik ipor teman dah kahwin, teman pergi RTM sebab menang pertandingan syair dan yang terkini teman pegi Kelumpo nak bawak pak dan mak mertua teman pegi Yasasan Kebajikan Negara. Tapi setat ari ni teman cuba juga nak menulis disini. Tupun kalo tak BZ le.
Rabu, 23 Mac 2011
Takziah buat kelurga Pak Hasan Pomen.
Pada Selasa 22 Mac 2011. Aku dapat berita melalui Facebook yang Pak Hasan Pomen ayah kepada Ipah, Ina, Seni, Man dan yang lainnya. ( Sorry aku dah tak ingat. ) Telah meninggal dunia. Takziah kepada keluarganya. Pak Hasan ni memang familiar dengan keluarga aku sebab isterinya Kak Niah anak angkat mak aku Begitulah lumrah hidup. Yang hidup pasti akan mati. Apa yang penting ialah kita teruskan hidup dan bersedia untuk menghadapi mati yang kita akan turut sama menghadapinya. Cuma tak tau bila dan di mana sahaja.
Jumaat, 18 Mac 2011
Usaha dakwah Islamiah.
Sebelum sembahyang tadi ada tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Kalau tak silap namanya ustaz Zainuddin. Saya tertarik dengan topik yang beliau sampaikan iaitu mengenai usaha menyampaikan ilmu kepada umat Islam yang lain. Antara lain beliau memetik hadis Nabi SAW yang bermaksud "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat." Beliau mengatakan tugas dakwah bukan terletak kepada mereka yang bergelar Ustaz dan Tuan Guru sahaja tetapi tugas semua umat Islam.
Saya setuju dengan apa yang ustaz ini katakan jestru itu saya akan menggunakan blog ini untuk menyampaikan ilmu yang saya ketahui seadanya. Nak cakap lebih-lebihpun takleh juga. Maklumlah saya ni takde SPM.
* Nota kaki : Harap semua bloger turut melakukan apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Semoga kita boleh berkongsi ilmu.

Rabu, 16 Mac 2011
Duit dari alam ghaib ?
Baru-baru teman ada bukak laman lelong.my. Yalah saja-saja nak nengok apa-apa yang menarik dan terkini. Menda yang teman suka tengok ialah duit-duit lama dalam dan luar negeri. Tetiba teman tertengok satu duit lama sepuluh ringgit bertulis Sa Puloh ringgit. Yang peliknya duit Sa Puloh ringgit ini ada watermark gambo Agong. Biasanya duit lama ni watermarknya gambo rimau. Pelik kan. Kononnya duit ni berasal dari alam ghaib.
Sebelum ni ada teman tengok duit syling 5 kupang taun 1975 dan 1976 dikatakan dari alam ghaib juga. Teman jenuh pikior macam mana orang alam ghaib buleh buat duit kita ni ? Ada Bank Negara ke di sana ? Kalau ada pun sapa yang jadi Gabenor Bank Negara di alam sana ? Duit alam ghaib ni dikatakan ada sakti dan boleh menolong siapa yang menympannya. Harga yang dijual bagi duit alam ghaib ni biasanya ya amat mahal. Walaupun teman ni peminat duit lama tapi kalau dah ngarut macam ni payahlah nak caya. Bukankah segala qada dan qadar kita terletak ditangan Allah SWT dan kalau benopun duit alam ghaib ni boleh nolong nape dema nak jual ? Kan ke ni maknanya demapun nak lepas sesak juga dan duit ni tak boleh nolong.
Kita semua kena maklum kalau duit yang tak dikeluarkan oleh BNM maknanya duit tu tak diiktiraf atau duit palsu tak kiralah kerjaan mana atau orang mana keluarkan.

Selasa, 15 Mac 2011
Masih keliru ngan isu botol susu.
Aku masih tak faham ngan isu botol susu yang hangat diperkatakan sekarang ni. Mulanya ada yang kata botol susu yang ada tanda PC dibawahnya yang tak boleh pakai. Tapi info baru yang saya dapat termasuk juga yang bertanda segitiga ada no. 7 dan segitiga no. 7 yang bertulis others juga tak boleh pakai. Sebabnya aku baru beli botol susu baru Yasmin tak ada tanda PC tapi ada segitiga no. 7 dan tulis others. Perlukah aku buang ????????
* Nota kaki : boleh dikatakan semua botol susu yang dijual di Bandar Tanjong Malim ni ada tanda macam yang disebutkan. Tak tau di mana lagi nak cari botol yang elok.
* Nota kaki : boleh dikatakan semua botol susu yang dijual di Bandar Tanjong Malim ni ada tanda macam yang disebutkan. Tak tau di mana lagi nak cari botol yang elok.
Kerana miscomunication.
Malam tadi teman bersama pak mertua, mak mertua dan tiga orang anak sedara teman pergi ke rumah Pak Yop sebab nak menjemput dia ke majlis kahwin adik ipor teman. Tapi yang tensyennya Pak Yop cuma hidang biskut kering ngan ayor bujang je. Semuanya sebab mulanya pak mertua teman cakap dia nakkan Pak Yop jadi saksi nikah adik ipor teman tapi Pak Yop tak dapat sebab dia kena buat rawatan di hospital pada hari nikah nanti.
Jadi dia ingat kami tak jadi datang dan tak sediakan apa-apa untuk makan malam. Apa lagi teman dengor dah berceghot-ceghot peghot teman. Muka 3 orang anak sedara temanpun dah mula kelat. Teman SMS bini teman untuk sediakan makan malam. Yalah kalau balik rumah makan malampun takde tak ke haru. Sampai rumah jam 10:30 malam teman terus je ke dapur makan.
* Nota kaki : Lain kali kalau nak ke rumah orang informlah dulu.

Mencari botol susu Yasmin.
Semalam teman pegi ke supermarket Billion sebab nak cari botol susu baru Yasmin sebab botol susu lamanya ada tanda PC. Ni sebab dalam berita dah kabo yang botol PC ada bahan bahaya. Tapi apa yang teman nampak satu brand botol susu je iaitu brand Fiffy yang takde PC. Yang brand Anakku dan Pureen ada tanda PC. Nape buleh jadi gini.
* Nota kaki : Teman terpaksa kabo brand botol susu sebab nak bagi panduan untuk kengkawan. Buat apa nak rahsia-rahsia.
* Nota kaki : Teman terpaksa kabo brand botol susu sebab nak bagi panduan untuk kengkawan. Buat apa nak rahsia-rahsia.
Kena beli botol susu barulah pulak.
Berita semalam ada menyiarkan yang kerajaan telah mengharamkan penggunaan botol susu yang diperbuat daripada polycarbonate yang dikatakan mengandungi BPA. Akupun tak tau apa kebendanya BPA ni tapi dikatakan berbahaya kepada kesihatan bayi. Tanda botol itu diperbuat daripada polycarbonate ialah terdapat tanda PC di bawah botol susu. Apa lagi saya pun tengoklah botol susu Yasmin.
Memang sah ada tanda PC. Apa lagi bini aku on the spot buang botol susu tu dalam tong sampah. Bukan saja botol susu segala set makanan bayi yang berjenama Hallmark habis dibuang semua. Set makanan bayi ni agak mahal juga. Mujurlah mende ni hadiah daripada kawan bini aku yang bernama Zarith yang dihadiahkan sempena kelahiran Yasmin. Dah dekat 2 tahun Yasmin hisap susu guna botol ni, baru gomen nak haramkan PC ni. Sabarje lah. Tapi aku fikir juga bagaimana dengan kanak-kanak yang lahir sebelum Yasmin. Dah berapa lama agaknya guna botol susu PC? Patutnya gomen kenalah cepat bertindak, kalau tidak rakyat akan persoalkan kewibawaan gomen.

Isnin, 14 Mac 2011
Tukar angin baru.
Hari ni aku tukarkan latarbelakang bagi kedua-dua blog aku. Yalah kalau sama je boringlah pulak. Untuk latarbelakang matzali.blogspot.com aku gunakan warna terang kerana blog ni menggambarkan kecerian dan bertujuan komersial.
Blog lepastensyen.blogspot.com lak aku gunakan warna gelap kerana blog ni aku tulis bila hati aku tengah blur dan tak harap orang nak bacapun. Kalau nak bacapun aku halang. Tapi sampai kini tak sapa pun nak follow. Ya lah kita ni takde SPM sapa yang baca tulisan kita. Ce kalau kita ni celebriti atau cendekiawan atau orang yang kuat kutuk kerajaan. Berduyun-duyunlah orang nak baca.

Balik SKC.
Malam tadi aku balik SKC sebab nak bawa Min jumpa Ela. Yalah pagi ini Ela dah nak balik ke Ganu. Mak ikut sekali sebab anak sedara Rashid nak kahwin. Mungkin Yong ikut sama. Ela suka melayan Min dengan ragamnya. Hari ini juga barang yang aku order iaitu Dinar Perak dan Kelantan serta 2 buah buku Usulut Tahkik dah sampai. Buku Usulut Tahkik ni dah jenuh aku tunggu baru la ni sampai. Itupun lepas telepon pejabatnya. Kata dema ada masalah teknikal. Sabar je lah.........
Ahad, 13 Mac 2011
Mak nak ikut Ela gi Ganu.
Hari ini Isnin. Tentu ramai yang blur sebab masuk keja lepas cuti 2 hari. Aku tak terasa sebab dua hari keja OT. Pagi ini mak telepon kata esok nak ikut Ela pergi Terengganu. Aku cadang ari ni nak balik SKC sebab nak jumpa Ela. Yalah kalau aku tak balik mak lak kata Ela nak jumpa Yasmin.
Ela tentu suka sebab sekarang Yasmin dah tak takut naik motosikal lagi. Sekarang Yasmin pantang tengok orang naik moto dia mesti nak naik. Tapi camne Ela nak naik moto ngan Yasmin sebab esok Ela nak balik Ganu.

Bila Planet Pluse nak bayar claim aku ?
Aku ada masuk ruang menjawab survey daripada Planet Pulse. Katanya dah boleh claim duit sebab dah lebih 2500 point. Aku dah ada 2600 point jadi aku boleh USD26. Tapi sampai la ni statusnya in progress. Argghhh!!!! Tensyennya.............
Adik Ipar Aku Nak Kahwin.
Pada 10 April nanti adik ipar aku Si Jua nak kahwin. Fuh!!! start dari sekarang dah mula sibuklah rumah pak mertua aku nak bersiap. Secara tak sengaja akupun terkena tempias sebab duduk di rumah pak mertua. Yalah lagipun nak harap siapa. Aku je yang ada keta. Tadi Yong ada telepon kata Ela adik aku dah ada di rumah mak, baru sampai dari Terengganu. Yong ada tanya nape tak balik sebab ada kahwin anak Cikgu Puadi. Aku cakaplah aku kerja hari ni. Jadi takleh balik.
Sabtu, 12 Mac 2011
Kena kerja OT
Hari ini aku kena OT semalampun OT. Inilah nasib orang macam aku kerja lebih tapi tak kaya-kaya. Tapi buat macam mana. Bak kata Husin dalam filem Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah, kita ni tak de SPM kenalah kerja kuat. Kalau orang intelek tu lainlah keje sikit masyuk banyak.
Pengenalan.
Assalamuaikum kepada semua,
Saya ingin memperkenalkan blog yang baru saya wujudkan kepada anda. Blog ini merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan saya terhadap apa jua perkara yang bersarang dalam fikiran saya. Tak kira apa topikpun asal saya fikir saja saya tulis. Berbeza dengan blog saya yang terdahulu iaitu matzali.blogspot.com blog ini takkan saya masukkan apa-apa gambar atau iklan atau widget kerana blog ini bukan bertujuan komersial. Saya juga menjemput pengunjung blog untuk sama-sama berkongsi meluahkan perasaan melalui komen pada setiap topik.
Sekian terima kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)