Jumaat, 18 Mac 2011

Usaha dakwah Islamiah.

Sebelum sembahyang tadi ada tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Kalau tak silap namanya ustaz Zainuddin. Saya tertarik dengan topik yang beliau sampaikan iaitu mengenai usaha menyampaikan ilmu kepada umat Islam yang lain. Antara lain beliau memetik hadis Nabi SAW yang bermaksud "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat." Beliau mengatakan tugas dakwah bukan terletak kepada mereka yang bergelar Ustaz dan Tuan Guru sahaja tetapi tugas semua umat Islam.

Saya setuju dengan apa yang ustaz ini katakan jestru itu saya akan menggunakan blog ini untuk menyampaikan ilmu yang saya ketahui seadanya. Nak cakap lebih-lebihpun takleh juga. Maklumlah saya ni takde SPM.

* Nota kaki : Harap semua bloger turut melakukan apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Semoga kita boleh berkongsi ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan