Malam tadi teman bersama pak mertua, mak mertua dan tiga orang anak sedara teman pergi ke rumah Pak Yop sebab nak menjemput dia ke majlis kahwin adik ipor teman. Tapi yang tensyennya Pak Yop cuma hidang biskut kering ngan ayor bujang je. Semuanya sebab mulanya pak mertua teman cakap dia nakkan Pak Yop jadi saksi nikah adik ipor teman tapi Pak Yop tak dapat sebab dia kena buat rawatan di hospital pada hari nikah nanti.
Jadi dia ingat kami tak jadi datang dan tak sediakan apa-apa untuk makan malam. Apa lagi teman dengor dah berceghot-ceghot peghot teman. Muka 3 orang anak sedara temanpun dah mula kelat. Teman SMS bini teman untuk sediakan makan malam. Yalah kalau balik rumah makan malampun takde tak ke haru. Sampai rumah jam 10:30 malam teman terus je ke dapur makan.
* Nota kaki : Lain kali kalau nak ke rumah orang informlah dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan