Selasa, 15 Mac 2011

Kena beli botol susu barulah pulak.

Berita semalam ada menyiarkan yang kerajaan telah mengharamkan penggunaan botol susu yang diperbuat daripada polycarbonate yang dikatakan mengandungi BPA. Akupun tak tau apa kebendanya BPA ni tapi dikatakan berbahaya kepada kesihatan bayi. Tanda botol itu diperbuat daripada polycarbonate ialah terdapat tanda PC di bawah botol susu. Apa lagi saya pun tengoklah botol susu Yasmin.
Memang sah ada tanda PC. Apa lagi bini aku on the spot buang botol susu tu dalam tong sampah. Bukan saja botol susu segala set makanan bayi yang berjenama Hallmark habis dibuang semua. Set makanan bayi ni agak mahal juga. Mujurlah mende ni hadiah daripada kawan bini aku yang bernama Zarith yang dihadiahkan sempena kelahiran Yasmin. Dah dekat 2 tahun Yasmin hisap susu guna botol ni, baru gomen nak haramkan PC ni. Sabarje lah. Tapi aku fikir juga bagaimana dengan kanak-kanak yang lahir sebelum Yasmin. Dah berapa lama agaknya guna botol susu PC? Patutnya gomen kenalah cepat bertindak, kalau tidak rakyat akan persoalkan kewibawaan gomen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan