Isnin, 12 September 2011

Perihal mimpi.

Kata orang mimpi itu permainan tidur. Tapi kadang-kadang ada juga mimpi yang jadi kenyataan. Hal ini terjadi pada aku masa dalam bulan Ramadan yang lalu masa aku nak beli baju anak aku bersama bini aku, anak aku Yasmin dan anak sedara aku Mek. Malam sebelum ke Shah Alam aku ada bermimpi yang tayar kereta aku pancit tapi aku buat tak tau je. Masa pergi Shah Alam selamat sampai tanpa apa-apa berlaku. Cuma bila masa balik aku rasa ada bunyi meletup pada tayar. Tak lama pastu ada orang bawa kereta lain tunjuk isyarat pada tayar kereta aku. Sahlah tayar kereta dah pancit Akupun tukar tayar spare dan terus pandu sampai ke rumah.
Mulai hari itu aku rasa aku patut beri perhatian pada mimpi-mimpi aku tapi aku taklah nak percaya sangat sebab aku ni bukannya rasul atau nabi atau wali yang mimpi mereka adalah wahyu Allah SWT. Cuma aku nal tengok sejauh mana kebenaran mimpi itu. Sekarang aku ada mimpi yang Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti. Jadi adakah benar atau tidak sama-sama kita tunggu............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan