Isnin, 19 September 2011

Jamuan hari raya.

Ni nak cakap pasal jamuan hari raya lak. Bulan Syawal ni merupakan bulan yang paling mewah di Malaysia. Sebabnya bulan ni lah adanya jamuan raya oleh berbagai-bagai pihak samada korprat, perseorangan parti politik, NGO dan sebagainya. Dalam bulan ni juga ada yang buat kenduri kahwin, kenduri naik buaian anak, bertunang atau pelbagai lagi. Pendek kata dalam bulan ni tak payah masak makan tengah hari dan malam harilah.
Namun disebalik jamuan raya ni ada juga pihak yang cuba nak membuat andaian tertentu. Contohnya bagi pertubuhan politik kehadiran tetamu masa jamuan raya dijadikan kayu pengukur sokongan rakyat kepada mereka. Bagi ahli perniagaan masa ni lah nak mempromosi syarikat mereka dan bagi orang perseorangan pula masa ni lah nak memperkenalkan diri pada masyarakat dan kesyukuran sebab berpindah di tempat baru dan macam-macam lagilah. Tapi yang penting jamuan raya biarlah bersederhana dan jangan ada sifat riak dan takbur dalam penganjurannya. Ingatkan juga nasib saudara-saudari kita yang kurang bernasib baik di luar negara sana yang diancam kebuluran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan