Isnin, 12 September 2011

Raya Raya Raya.

Ramadan dah berlalu kini kita dalam bulan Syawal. Bila Syawal ni ramailah yang seronok terutamanya geng yang kaki ponteng puasa. Atas dunia ni seronoklah korang sana nanti jawablah ngan Allah SWT. Bagi aku lak bulan Syawal ni buat aku jadi tensyen.
Semuanya sebab kakak sulung bini aku dah balik menetap di rumah pak mertua aku. Apa lagi tensyenlah jadinya. Bini aku ngan kakaknya ni macam anjing ngan kucing. Bila jumpa mesti bertekak dan kalau mereka bertekak tu maknanya dah berjumpalah tu. Akak bini aku ni lak katanya nak nupang di rumah pak mertua aku sekejap je tapi sampai la ni masih tak blah. Aku cakap kat bini aku kita tinggal di rumah mak aku je lah tapi dia taknak lak katanya tak selesa. Jadi aku kenalah usaha cari umah baru. Tensyen tul.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan