Isu yang paling hangat ketika ini ialah perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur baru - baru ni. Macam - macam pandangan terhadap isu ni. Kalau buka FB kebanyakannya post pasal BERSIH di wall dema ni. Ada pro dan ada juga kontra. Yelah ikut fahaman masing - masing lah. Aku pada hari perhimpunan tu ada kat Giant Batu Cave dan nampak ramai juga orang buat perhimpunan di sini untuk menyapu BERSIH barang yang dijual di Giant.
Tak tau apa citer kat KL masa perhimpunan BERSIH ni. Ada kata 100 ribu orang datang, ada kata 50 ribu orang datang, ada kata 10 ribu dan ada kata 6 ribu orang. Apa pun citernya semuanya dah terjadi dan syabas diucapkan kepada kedua - dua pihak peserta dan polis kerana tak de perkara yang kronik terjadi masa perhimpunan ini. Dato' Seri Najib PM kata BERSIH ni tak membimbangkan dia dan bersedia menghadapi pembangkang dalam pilihanraya. Jadi kalau dah ada ' beran ' apa lagi bubarlah parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan