Khamis, 7 Julai 2011

Macam macam hal.

Hai....... Dah lama tak menulis. Nampaknya saya dah semakin sibuk semenjak dua menjak ni. Maklumlah macam - macam nak dibuat. Baru - baru saya terima anugerah khidmat cemerlang daripada majikan saya. Berbagai - bagai reaksi yang diterima tentang anugerah ni. Yang terima tentulah seronok tapi yang tak terima ni bercampur - baurlah perasaan mereka. Ada yang biasa je dan ada juga yang tak puas hati. Maklumlah keje dah lama dah otai kata orang. Alih - alih junior yang cap jari tak kering yang dapat anugerah. Lagi satu kali ni ramai yang dapat anugerah untuk kali yang kedua. Tambah bengkek lah kawan.

Bagi saya anugerah ni kalau dapat ke tak dapat ke sama je sebab saya percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Lagi satu bila dah dapat anugerah ni rasa runsingpun ada juga. Sebabnya bila dah dinobat cemerlang ni orang akan perhatikan gerak - geri kita. Kalau kita buat salah tentu mereka akan kata " Macam nama dia ni boleh dapat cemerlang ? ".

Satu hal lagi dalam UPSI ni ialah berlangsungnya pemilihan AJK Kesatuan Pegawai Am KPA. Ni macam unionlah. Lepas je pemilihan macam - macam suara didengar. Tapi bagi saya siapapun yang menang tak kisah asalkan jalan keje. Kalau tak lain kali bungkuslah kau macam apa yang berlaku di Perak, Selangor, Penang dan Kedah dalam PRU yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan