Khamis, 4 Ogos 2011

Salam Ramadhan.

Diam tak diam rupanya kita dah kembali dalam penghulu segala bulan iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang Allah SWT firmankan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Bagi orang awam bulan Ramadhan biasanya dikaitkan dengan puasa. Ada yang suka dan ada yang tak. Pada yang tak suka tu maknanya iman depa ni tak cukup lagilah tambah pula kalau orang tu dah tua bangka. Malulah sikit budak umur 6 tahun pun larat puasa.

Bagi aku pula Ramadhan tahun ini membawa erti yang besar pada diriku kerana tahun ni aku kena bayar zakat fitrah lebih sikit kerana kehadiran cahaya mata baru Apa yang aku harapkan Ramadhan kali ni akan lebih baik daripada tahun lepas.

P/S : Respek kat anak sedara aku Irfan@Mek kerana larat puasa walaupun tak bangun sahur. Umurnya baru 7 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan