Hari ini aku, isteri aku dan yasmin pergi ke Bidor sebab Acik iaitu abang kepada mak aku meninggal dunia kerana sakit tua. Maknanya keluarga mak aku tinggal 2 orang lagi yang masih hidup iaitu mak aku dan Wan Andak aku. Apa yang menariknya sebelum aku pergi aku dan isteri aku ambil time off tapi Hanipah bagitau time off tak boleh lebih 25km. Pulak dah. Apapun En Ajihar dan En Din tak kata apa kira oklah tu. Takziah untuk Acik sekeluarga dan moga roh Acik ditempat dikalangan orang2 yang beriman.
Lagi satu cerita best bila aku dah balik dari Bidor ialah berita mengenai semua staf JPPHB tak dibenarkan menyertai kursus kesempurnaan solat esok. Semua ini adalah kerana arahan daripada Pengarah. La.... nape boleh jadi camni pulak ? Ape Kehenya ??????????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan